Apa yang membuatkan aku sering kelam kabut dalam menjaga Qhaliff ialah bila memikirkan soal kerja ! Kerja aku , korang pon sedia maklumlah kan… iaitu update blog .. Kalau tak update blog , aku rasa macam makan gaji buta ! Tak baikkkk .. dosaaaa ..
Kalaulah keje aku cuma jaga Qhaliff , amatlah mudah bagi aku wehhh ! Mudah giler !! Tapi tidak .. Aku kena kerja walaupun Qhaliff masih ceria disisi aku .. Haaa.. Tu yang kekadang aku tensen bila Qhaliff tak tidur !
Silapnya ialah aku jugak.. Perancangan perlu teliti. Kecualilah ada menda urgent seperti jobs masuk tetiba nak segera atau pertanyaan pertanyaan di email yang memerlukan jawapan segera . Haaa .. Memang leh giler jap .. Sepatutnya aku perlu cool .. Pekenalah Cool Blog ! hehehe ..
Dan kalau nak keluar gi mana mana , nak makan di luar .. Silalah standby makanan utk dia.. Kalau dia makan dengan tenang , maka aku sempat update satu entri pasal makanan sebelum aku telan itu makanan !
Untuk blogger yang baru berjinak jinak yang tak tau nak update apa .. Depan anda tu adalah isunya ! Snap sekeping dua dan ulaskan dalam blog mengikut kebijaksanaan anda .. Yang penting , elakkan dosa !