Aku baru perasan . Mungkin masa tercipta lukisan ini , aku kat luar bilik dan dia dalam bilik ngan mak dia .. hehehe .. Sangap sangat la kot kena paksa tidur . Tu yang dia menconteng sana sini ..
Nasib baik la wife beli krayon yang mudah dipadam. Kalau tak ??? Confirm aku cat rumah aku ni dengan warna hitam ! Hahahah .. Tapi sebenarnya semua ni akan menjadi satu kenangan bila semua dah besar .
Hurmm… Bila sebut mengenai perkembangan anak ni , sekejap je dia dah besar. Masih terasa lagi dia berusia sehari di tangan aku ni dan kerapnya aku ke hospital kerana penyakit kuningnya tu ..
Nasib baik la ada blog ni sebagai kenangan untuk aku rujuk bila rindukan saat saat dia kecil dulu .. hurmm .. Contenglah Qhaliff .. daddy okeh je.. Memang beli rumah ni untuk diconteng pon ..