Ramalan aku yang bukan peminat setia MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 sebab permulaan yang hambar .. Tapi selepas follow minggu ke berapa tah , aku mula dapat rasakan pertandingan ni jadi menarik..
Cuma sayangnya persembahan naik turun cam yoyo .. heeheh .. Manusia je kita kan ? Takde masalah.. Sekadar hiburan..
Secara jujurnya aku nak Zero menang tapi bukan mudah nak ‘tewaskan’ SepahTu.. Aku minat SepahTu cuma , apa kata kali ni bagi kat Zero yang sedaya upaya berusaha membuktikan mereka layak bergelar juara !
Selain dari mereka berbakat , mereka ada ‘ Sabah ‘ ! Ini terbukti juga bila Firman dan Stacy bergelar juara di rancangan Akademi Fantasia. Rakyat Sabah sememangnya bersatu padu ! Tahniah !
Tapi kemenangan Zero bukan kerana undian saja yer ! Mereka layak bergelar pelawak negara yang berbakat.. Tak perlu nak pertikaikan kemenangan mereka .. Alhamdulillah..
Shiro dan Nabil ? Hurm.. Terus terang .. aku semakin kurang gemari lawak mereka terutama Nabil yang sepatutnya mengutip pengalaman di Lawak Ke Der .. Aku tonton sendiri persembahan Nabil di Lawak Ke Der 3 dan sememangnya mendukacitakan berbanding stand up comedian yang lain seperti Harith dan Douglas yang memang santai tapi terbahak bahak ketawa ! Dan Shiro.. tak perlu tonjolkan watak watak yang .. Hurmm..
Bocey ? Bukan rezeki mereka dalam pertandingan ni tapi aku percaya mereka mampu pergi lebih jauh.. InshaAllah ..
Apa pun , tahniah buat semua peserta dari mula hingga akhir.. Anda semua adalah MAHARAJA LAWAK !
AC MIZAL .. no komen.. Tapi kehadiran dia , terus terang laaaa .. membantu menceriakan MLM.. walaupun aku tak suka pakaian dia !