Ramalanku Benar Belaka ! Tahniahhh Zero !!

by - Sabtu, Februari 07, 2015

 

Ramalan aku yang bukan peminat setia MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 sebab permulaan yang hambar .. Tapi selepas follow minggu ke berapa tah , aku mula dapat rasakan pertandingan ni jadi menarik.. 

Cuma sayangnya persembahan naik turun cam yoyo .. heeheh .. Manusia je kita kan ? Takde masalah.. Sekadar hiburan..

image

Secara jujurnya aku nak Zero menang tapi bukan mudah nak ‘tewaskan’ SepahTu.. Aku minat SepahTu cuma , apa kata kali ni bagi kat Zero yang sedaya upaya berusaha membuktikan mereka layak bergelar juara !

Selain dari mereka berbakat , mereka ada ‘ Sabah ‘ ! Ini terbukti juga bila Firman dan Stacy bergelar juara di rancangan Akademi Fantasia. Rakyat Sabah sememangnya bersatu padu ! Tahniah !

Tapi kemenangan Zero bukan kerana undian saja yer ! Mereka layak bergelar pelawak negara yang berbakat.. Tak perlu nak pertikaikan kemenangan mereka .. Alhamdulillah..

Shiro dan Nabil ? Hurm.. Terus terang .. aku semakin kurang gemari lawak mereka terutama Nabil yang sepatutnya mengutip pengalaman di Lawak Ke Der .. Aku tonton sendiri persembahan Nabil di Lawak Ke Der 3 dan sememangnya mendukacitakan berbanding stand up comedian yang lain seperti Harith dan Douglas yang memang santai tapi terbahak bahak ketawa ! Dan Shiro.. tak perlu tonjolkan watak watak yang .. Hurmm..

Bocey ? Bukan rezeki mereka dalam pertandingan ni tapi aku percaya mereka mampu pergi lebih jauh.. InshaAllah ..

Apa pun , tahniah buat semua peserta dari mula hingga akhir.. Anda semua adalah MAHARAJA LAWAK !

AC MIZAL .. no komen.. Tapi kehadiran dia , terus terang laaaa .. membantu menceriakan MLM.. walaupun aku tak suka pakaian dia !

You May Also Like

4 comments

  1. Sememanya terbaik ZERO; Tak di nafikan.. tp betul..yg single komedian tu agak hambar.. tp dapat jg no.3.. mungkin rezeki dia...but juara mmg layak pasa ZERO!

    BalasPadam
  2. tak dapat nafikan zero memang terbaik !

    BalasPadam
  3. Ramai yang kesian kat Zero..tu yang ramai undi tu....:-)

    BalasPadam
  4. Betul... Ac mizal bantu menceriakan keadaan... Mampu menggantikan jozan dlm bidang pengacaraan.. Lain mcm je bunyi

    BalasPadam