Inspirasi aku dulu dan sekarang !

by - Rabu, Februari 04, 2015

 

Setiap manusia pasti akan ada inspirasi untuk maju ke hadapan.. kan ? Apakah inspirasi korang ? Aku ? Hurmm.. Inspirasi aku dulu dan sekarang ialah ayah aku !

Kenapa ayah aku ? Hurmm.. Sejak kecil lagi aku lihat ayah aku bekerja siang malam hanya untuk meningkatkan ekonomi keluarga dia. Siang kerja lain , malam  buat kerja lain..

Hinggalah satu hari , dia amik keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes dia sendiri iaitu perkhidmatan bas sekolah. Dengan cara ini dia sendiri hantar anak anaknya ke sekolah. Di sebelah malam , dia bawak teksi .. Aku lihat dia bekerja tanpa henti. Hasilnya , anak anaknya sambung belajar tanpa berhutang sesen pon !! Hasil dari pengorbanan dia ..

Dan terus terang , semangat dia itulah yang aku amik sekarang ni untuk membesarkan anak anak aku. Aku berhenti bekerja dengan orang dan buat perniagaan yang lama dah aku inginkan iaitu menulis blog !

Syukur pada Tuhan , aku berjaya sekarang ! Dan perlu terus bekerja keras untuk memastikan keluarga aku dalam keadaan serba lengkap. Jadikan inspirasi untuk terus berjaya dan berjaya !

Dan DIGI kembali di media social dengan berkongsikan inspirasi inspirasi mereka yang telah berjaya kepada masyarakat juga aku ! Jom baca inspirasi mereka di Twitter dan Facebook dengan follow #digiLetsInspire ini.

You May Also Like

1 comments