Cuaca panas luar biasa melanda negara kita !

by - Isnin, Februari 23, 2015

 

Di Pulau Pinang hari tu, aku sendiri dah terasa bahangnya ! Kepanasan yang mampu membuatkan manusia , boleh bergaduh walaupun salah paham yang kecil !

image

Menurut sebuah artikal akhbar harian baru baru ni , cuaca panas luar biasa melanda negara kita mampu membawa maut terutama buat mereka yang ada penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi. Cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Fenomena cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.Doktor nasihati banyakkan minum air suam dan air isotonik.

Dan sekarang ni pon ramai dah anak anak kecil demam termasuklah Qhaliff dan Zahra ! Aku ? Masih lagi demam tapi tak la teruk sangat.. Hati hati yer terutama yang beraktiviti di luar sana tu..

You May Also Like

6 comments

  1. siyess mmg panas lain macam..mlm2 pun tido berpeluh2..

    BalasPadam
  2. Yep. Now pun kat kolej terik panas dia lain macam. Hope semua stay healthy . Aminnn.

    BalasPadam
  3. betul...x tahan duk luar umah lama2...

    BalasPadam
  4. Nak isi minyak time rehat tengah hari pun takut

    BalasPadam
  5. errrr..hmmmm....pagi tadi dengar berita gomen cakap perubahan suhu meningkat sekadar 1~2oC je kot...so tak perlu bimbang katanya (dua tgn kat bahu mata pandang atas)..

    BalasPadam
  6. Huh.. memang tok aa panas la nih.. nak kena minum bayang air masak.. kalu tak boleh wat sakit kepala...

    http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/chiken-pox-video-testimoni/

    BalasPadam