Teluk Kemang : Destinasi percutian hujung minggu !
Anak anak boring di rumah ? Jom beriadah di tepi pantai !
Wahhh.. Terkejut aku melihat perubahan Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson , Negeri Sembilan ni .Er , kali terakhir aku ke sini , 20 tahun lepas.. hehehehe.Masa tu , seingat aku kawasan Teluk Kemang ni biasa biasa jer.
Tapi hari ni , Teluk Kemang berjaya membuka mata aku ! Waduh.. Pasni , setiap minggu confirm ke sini la jawabnya.. Yelah , Teluk Kemang dari rumah aku cuma dalam 40 minit je gitu.. Tak jauh mana pon la kan ? Heheheh ..
Bersih pantai dia.. Terkejut gak aku.. Huhuuh.. Tempat makan ? Perghhh.. banyak woooo ! Pilih je mana nak makan ! Huhuhuh.. Tak sangka aku , sini menarik sekali untuk beriadah bersama keluarga.
Panas ? Jangan risau.. Sewa je tapak khemah ni.. Ada banyak harga.. Kena pandai pandai tawar.. Boleh dapat hingga RM25.. hehehe ..
Aktiviti pantai , memang meriah ! Ada banyak pilihan.. Asalkan bawak duit jer.. Heehehe.. Kalau nak jimat , tengok je la… hehehe … sambil makan pisang cheese ! Huhhhu..
Tak nak main kat pantai , boleh main kereta atau motor khas untuk anak anak kecil atau jom berkuda .. hehehe ..
Pastinya , Teluk Kemang tidak akan mengecewakan anda punya la ! Sini juga ada resort untuk disewa .. Apa lagi kan ? Esok cuti lagi .. jangan bazirkan masa dengan lepak di rumah jer.. Bawak anak anak atau ajak kawan kawan jenjalan kat sini .. Heee…
2 comments
As'salamualaikum Abg Ben, setuju.....!!
BalasPadamTeluk Kemang mmg menarik untuk aktiviti santai bersama keluarga.
Tiap sabtu malam minggu ada pasar malam. Best!
** tak sangka terserempak ngan Abg Ben tadi kat PD. ** ;)
Lupa lak nak minta sign autograph td. Huhuu~
Eh sejak bila ada signboard laluan tu. hahaha lama gak la x jejak sini
BalasPadam