Destinasi percutian menarik : Farm In The City
Terletak di Sri Kembangan , masih tak ramai tahu akan kewujudan tempat menarik ini. Amat sekali sesuai datang bersama keluarga kerana tempat ini menjanjikan kelainan serta riadah yang membina minda anak anak kecil kita ..
Ini kali kedua aku ke Farm In The City , Sri Kembangan ni. Kali pertama aku pergi , Qhaliff masih lagi kecil .. Masih belum kenal binatang. Sekarang ni , dari jauh dah kenal. Hasil pembelajaran melalui gadget yang mana ramai kata gadget ni merbahaya untuk anak anak kecil .. Hee.. Salah didik , selipar pon leh dijadikan alat merosakkan bangsa dan agama ! Kaaan ?
Ok .. Apa yang bestnya di Farm In The City ? Ramai rakan rakan blogger aku dah pergi ke sini.. Dan semuanya memberikan pendapat positif.
Qhaliff teruja dalam takut takut ! Hahahaha.. Mahu tapi malu eh ? Hehehe.. Biasa la dia.. Kalau dah mula , payah lak nak berenti.. Huhuh.. Nasib baik dia tak mintak nak bela arnab..
Ada banyak tarikan di dalam tempat ni. Kalau nak letak semua gambar , mahu abis kuota internet korang .. termasuk aku gak laa ! Nak kena upload gambar , bukan free woiii ! Bayar okeh !
Harga tiket ?
“ Family Package is at RM109 for 2 adults and 2 children below 12 years old. You will get 2 souvenir gift, 2 certificate for children and 2 pony ride for children.
Normal entrance fee is RM48 and RM38 per adult and child below 12 years old respectively. Please present your MYKad to get promotion price of RM30 and RM25 per adult and child below 12 years old respectively. “ , kata mereka laa ..
Untuk dapatkan info lebih lanjut , boleh ke FaceBook.. Farm In The City.
Semoga Bermanfaat SeIsi Keluarga ..
6 comments
ha ha ha, tak tau kenapa bila baca FITC teringat lagu UTC...ha ha ha...ada kaitan tak? tak ponnn kan? tapi tempatnya memang menarik dan best kan? *_^ ...
BalasPadamheheh boleh tahan mahal jugak tiket tu.. insyaAllah satu hari nak g jugak.. tp ntah bila..
BalasPadamSukanya Qhaliff
BalasPadamemm,mmg cntik tmpt..tapi klu tgk harganya bleh tahan mahal..
BalasPadamcomelnya Qhaliff.. mcm best je.. harga pon not bad.. one day! huhu
BalasPadamnak pergi nak pergi nak pergi....yeyyyyyyyyy kelab blogger ben ashaari superbb :)
BalasPadam