Bila suami demam..
Terus terang , tugas menjaga anak kecil di rumah bukanlah mudah seperti yang kita nampak ! Hanya mereka yang penyabar saja mampu tempuhi semua ni.. apatah lagi anak mereka bukan satu dua tapi ramai ! Perghhh.. aku tak leh bayang tahap kesabaran camana..
Nak dijadikan cerita , aku demam tiga hari ni.. Nak tak nak , terpaksa mintak ehsan wife untuk bantu aku mana yang terdaya.. Dan dia membantu 90% dari biasa.. malah dia sendiri dah terlalu kepenatan ..Sian..
Aku sakit kepala.. batuk , selsema.. Risau jugak bila dengan cuaca panas terik begini , tekanan darah aku naik tinggi dan ini tak bagus untuk aku.. Huhuh.. Muda muda ada darah tinggi eh ? Zaman ni tak kira dah usia.. kecik kecik pon dah ada kencing manis yer !
Hari ni wife uruskan semua. Aku cuma bantu mana terdaya dan selebihnya , aku pengsan ! Semalam , aku tidur lewat gara gara jaga dua dua anak aku ni yang payah nak tidur sebab selsema dan batuk..
Aku cadangkan wife amik cuti esok dan berehat di rumah.. Aku ke rumah mak aku bersama anak anak.. Dia boleh la rehat di rumah tanpa gangguan.. Baik kan aku ? Heeee..Tapi aku tau , ibu mana nak tinggalkan anak anak kan ? Kalau boleh , biar berkepit 25 jam.. kan kan ?
6 comments
get well soon abang ben !
BalasPadammemang musim demam ni. yelah . isteri n ibu penat macam mana pun akan buat yg terbaik utk anak2 dan suami. semoga cepat sembuh en. ben
BalasPadamsemoga cepat sembuh dari segala kesakitan yang di alami :)
BalasPadamBagusnya la..Bagi isteri rehat secukupnya, bila dia dah kuat, bro Ben pulak bulih rehat secukupnya..terima kasih kerana memahami tugas wanita seperti saya..PIS!!
BalasPadambetol tuh
BalasPadamkadang ibu demam demam pun masih jaga anak ..silap silap demam pun boleh kebah ..berpeloh buat kije umah n uruskan anak anak .
thumbs up kat ben sebab bagi org umah rehat
sekarang ni ramai yang kurang sihat.. faktor cuaca juga tu..
BalasPadam