Best ke DRAGON BLADE ?

by - Selasa, Februari 24, 2015

 

Movie khas sempena Tahun Baru Cina lakonan Jacky Chan.. ops.. Datuk Jacky Chan yer.. Ahaaa.. Memang layak dia dapat pon ! Tahniah Datuk.. Ramai tak tau kenapa dia layak dapat.. kan ? Ok , banyakkan research yer..

Ok.. Antara sebab aku nak tengok filem gabungan dua budaya ni , ialah adanya John Cusack dan Adrien Brody. Pelakon Hollywood yang tidak asing lagi.. dan aku kenal dia dari filem Con Air.

Kenapa aku kata DRAGON BLADE ni best ? Tidak seperti filem filem lakonan Jacky Chan yang lain , filem ni memaparkan sejarah yang tidak ramai tau.. ( ke aku je yang tak tau tapi ada gak la aku tengok dokmentari mengenainya tak lama dulu ) , camana ada pengaruh budaya  Rome di satu sudut negara China .. Boleh baca kat SINI.

Maka , filem ini bukanlah sekadar filem saja yer ..

image

Unsur positif dari filem ni memang banyak. Babak ganas tu hanyalah bagi menampakkan ‘real’ agar penonton dapat menghayati babak sedih.. hehehe.. Ada yang nangis wooo tengok ! Aku sebak je la.. Maklumlah , sedih dengan pengkhianat pengkhianat yang kita sangka selama ni dia adalah kawan.. Hurmm..

Berapa bintang ? Aku bagi 4.5 bintang .. dari 5 bintang ! Tontonlah sebelum tamat di panggung.. huhuhuh..

You May Also Like

1 comments