Stroller Bugaboo terbaru yang menawan jiwa !
Wow ! Terliur jap tengok stroller stroller terbaru keluaran Bugaboo di Mothercare Bangsar Shopping Center baru baru ini. Walaupun harganya mahal tapi bagi aku la kan , mereka yang berkemampuan stroller keluaran Bugaboo ni memang patut dimiliki andai punya anak kecil !
Kenapa aku kata patut dimiliki ? Hurmm .. Aku sendiri pakai satu dan ternyata ianya mudah sangat untuk mengendalikannya ! Keselesaan dan paling penting , mudah nak mengusungnya ke sana sini.. hehehe..
Antara yang terbaru ialah ..
Bugaboo Donkey : Sesuai untuk mereka yang ada anak kembar atau anak kecil yang jaraknya dekat.. Cam Qhaliff dan Zahra la .. Mudah untuk dikendalikan dan menariknya , mudah untuk disimpan dan dibawa travel ke mana saja.. Antara yang gunakannya ialah Irma Hasmie.
Klik SINI untuk info selanjutnya.
Bugaboo Cameleon : Ini kalau anak sorang , memang best ! Smart , moden dan pelbagai cara nak guna ! Waranti 3 tahun yer.. Hehehe.. Tahan lama kalau reti nak guna laa.. hehee..
Untuk info selanjutnya, klik SINI.
Bubagoo Buffaloo : Ini kalau nak masuk hutan , nak cross country , bersalji ke .. hahaha .. sesuai ! Memang dibina untuk tahan lasak. Camana punya ‘kasar’ penggunaan , terutama mereka yang tak ‘lembut orangnya ‘ , yang ni memang sesuai !
Nak tau dengan lebih lanjut , seperti biasa .. klik SINI.
Kalau anda berkemampuan dan tercari stroller untuk simanja anda , aku cadangkan cuba Bugaboo.. Ketahanan , kelasakan antara faktor yang patut difikirkan..
Aku ada beli satu yang biasa biasa , tapi .. hurmm.. Pakai jap jer rosak ! Pastu dah kena beli lagi.. Yang buat stress tu , rosak di tempat tak sepatutnya pulak tu.. Haishhh !
Tak mampu ? Hurmm.. Tapi nak jugak ? Hehehe.. Sila rujuk Mothercare berhampiran anda ..
0 comments