“ Bang, rokok ada ? “

by - Khamis, Februari 26, 2015

 

image

Semalam , aku gi satu kedai runcit yang berdekatan taman perumahan aku.  Setelah pilih barang apa yang aku nak , aku pon beratur nak bayar..

Tiba-tiba datang dua orang remaja…

“ Bang , rokok ada ? “. Tanya diorang.

“ Takde dik.. Abang tak jual rokok.. “.

Pastu diorang pon keluar dari kedai tu.. Dan aku terkedu.. Waduhhh ! Ada jugak kedai runcit tak jual rokok ? Ke rokok abis ? Tapi kalau abis , takkan cam tu lak jawapan dia kan ?

Hari ni , aku ke kedai tu lagi.. Saja nak beli beberapa barang keperluan.. Dan kali ni aku nak tanya sendiri kat tokey kedai tu.. Tokey kedai ni dah bertukar tangan.. hehehe .. Dulu orang lama.. ni orang muda !

“ Bang , rokok tak jual ke ? “. Soalan aku. Dia pandang aku.. Regular customer aku ni.. hahaha …

“ Tengok gak bang.. Tak semua ada.. Abang hisap rokok apa ? “. Tanya dia ..

“ Eh , tak .. saya tak merokok.. Takde la.. semalam terdengar kata tak jual rokok.. Tu tanya.. Wah , bagus la tak jual rokok.. Saya memang anti rokok ! Hahaha.. “. Jawab aku..

“ Owh.. sebelum nak bukak kedai ni , ayah saya dah tanya.. Nak jual rokok ke ? Dia tak benarkan.. “.

Aku senyum.. Bagus laaa .. Ini membuktikan tanpa jual rokok pon , kedai runcit leh maju !

image

You May Also Like

2 comments

  1. saya respek peniaga2 yg tak jual rokok, walaupun permintaan tinggi..semoga barakah hasil jualan mereka dan terus dimurahkan rezki..amiin

    BalasPadam