Lagi sekali di rancangan ASSALAMUALAIKUM !

by - Selasa, Februari 03, 2015

 

Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar tadi di Tv Al Hijrah. Aku ‘beraksi’ pon dengan tenang memandangkan ni bukan kali pertama aku mengadap kamera. Hehehehe..

Kali ke 2 di sini dan ke 6 kot untuk muncul di kaca tv .. Sat nak kira.. Mula mula .. Nona , Wanita Hari Ini , Salam Muslim , Gen Y , Safiyya dan Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. laku gak aku .. heee..

Semalam , sekali lagi dipanggil untuk isu Suamiku Suri Rumah. Topik biasa tapi masih luar biasa ! Hehehe.. Kan ? Masih ramai memandang serong terhadap lelaki yang menjadi suri rumah ! Terus terang , aku tak salah mereka yang memandang serong terhadap lelaki yang jadi suri rumah kerana apa ? Kerana ada yang jadi suri rumah , memang jadi suri rumah betul ! Takde income langsung ! Segalanya di tangan si isteri sampaikan rokok pon suruh isteri belikan ! Hurmm..

image

Suka sebenarnya aku ditemubual di sini kerana soalannya mencabar dan spontan ! Aku tak diberi taklimat atau soalan bocor pon. Segalanya di tanya masa tu gak .. Rasanya kalau blogger lom berpengalaman , leh berpeluh gak la .. melainkan dia dah biasa la dengan menda menda gini..

Apa pun , jutaan terima kasih buat Tv AlHijrah atas jemputan serta rakan rakan di media sosial yang menyokong tanpa henti , rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari dan blogger yang mengenali diri ini .. dan tak lupa isteri tercinta yang kejutkan bangun tidur serta teman gi shopping beli pakaian untuk gi temubual tu.. hehehe ..

Tunggu lak kemunculan aku di Berita Harian lak yer.. heheh..

You May Also Like

2 comments

  1. tahniah ben...semoga terus sukses..

    BalasPadam
  2. Sedihnya....x srmpat tgk..tak tahu pun rancangan tu kat tv al hijrah...;(

    BalasPadam