Aku ada 2 orang anak kecil. Selalu terfikir andai aku hidup bertiga dengan mereka .. Aku bersyukur kerana punya isteri yang berkerjaya. Tapi andai ditakdirkan aku hidup bertiga , apakah mampu aku sara hidup keluarga aku ni ? Bertiga , aku .. Qhaliff dan Zahra saja !
Masih teringat satu kejadian berlaku di KL Sentral tahun lepas.. Ketika tu , aku baru keluarkan duit sebanyak RM200 ( kalau tak silap aku ) untuk beli susu dan lampin Qhaliff . Plan nak beli di Putrajaya.
Tiba-tiba datang seorang lelaki muda bersama anak kecilnya yang didukungnya. Tidur budak tu.. bergerak gerak di dalam dukungannya.. Sayu hati aku..
“ Assalamualaikum bang.. Saya nak mintak tolong .. Saya ..bla bla bla.. “.
Menurutnya , dia baru je kerja di sebuah hotel .. baru seminggu dua.. Gaji lambat lagi. Duit yang ada , dia dah bayar sewa rumah. Nak makan , takde duit.. Dia tak kisah diri dia.. tapi anak dia , dah menangis nangis nak susu..
Alahai… Aku tak kisah la dia tipu atau tak…tapi bila dah sentuh bab anak ni , aku tak leh nak kata apa dah .. Terus bersangka baik.. Aku ada anak dan aku selalu fikir apakah aku akan mengemis satu hari nanti asalkan anak takkan lapar ?
Bukan pemalas atau tak nak kerja rakyat Malaysia ni.. tapi bukanlah mudah nak cari kerja di KL ni.. Takkan nak main sauk semua kerja asalkan ada kerja ! Hurm.. yang cakap pandai tu , mudah la.. Tu bangla , indon boleh je kerja kat Malaysia ni.. kan ? Jangan cakap gitu.. Rakyat Malaysia bukan semua pemalas. Bayangkan ditawarkan cumalah gaji kecik tapi kerja serupa lembu atau dikerah tenaga seperti gajah ! Camana tu ? Kalau kita terima , level gaji buruh akan jatuh. Maknanya diorang akan amik kesempatan terhadap rakyat Malaysia yang benar benar perlukan kerja ! Ini tidaklah adil buat kita , kan ? Dengan rakyat luar , lain la.. tengok la kos sara hidup diorang camana.. Hurmm..
Sambung.. aku bagi je duit aku tu… dan aku keluarkan lagi duit. Tak pe la.. hari ni hari dia.. esok lusa , sapa tau kan ? Dia tipu , tu antara dia ngan tuhan.. Antara aku dengan dia .. dah selesai ! Aku dah buat tanggungjawab aku..