Anak : Sanggupkah kamu mengemis ?
Aku ada 2 orang anak kecil. Selalu terfikir andai aku hidup bertiga dengan mereka .. Aku bersyukur kerana punya isteri yang berkerjaya. Tapi andai ditakdirkan aku hidup bertiga , apakah mampu aku sara hidup keluarga aku ni ? Bertiga , aku .. Qhaliff dan Zahra saja !
Masih teringat satu kejadian berlaku di KL Sentral tahun lepas.. Ketika tu , aku baru keluarkan duit sebanyak RM200 ( kalau tak silap aku ) untuk beli susu dan lampin Qhaliff . Plan nak beli di Putrajaya.
Tiba-tiba datang seorang lelaki muda bersama anak kecilnya yang didukungnya. Tidur budak tu.. bergerak gerak di dalam dukungannya.. Sayu hati aku..
“ Assalamualaikum bang.. Saya nak mintak tolong .. Saya ..bla bla bla.. “.
Menurutnya , dia baru je kerja di sebuah hotel .. baru seminggu dua.. Gaji lambat lagi. Duit yang ada , dia dah bayar sewa rumah. Nak makan , takde duit.. Dia tak kisah diri dia.. tapi anak dia , dah menangis nangis nak susu..
Alahai… Aku tak kisah la dia tipu atau tak…tapi bila dah sentuh bab anak ni , aku tak leh nak kata apa dah .. Terus bersangka baik.. Aku ada anak dan aku selalu fikir apakah aku akan mengemis satu hari nanti asalkan anak takkan lapar ?
Bukan pemalas atau tak nak kerja rakyat Malaysia ni.. tapi bukanlah mudah nak cari kerja di KL ni.. Takkan nak main sauk semua kerja asalkan ada kerja ! Hurm.. yang cakap pandai tu , mudah la.. Tu bangla , indon boleh je kerja kat Malaysia ni.. kan ? Jangan cakap gitu.. Rakyat Malaysia bukan semua pemalas. Bayangkan ditawarkan cumalah gaji kecik tapi kerja serupa lembu atau dikerah tenaga seperti gajah ! Camana tu ? Kalau kita terima , level gaji buruh akan jatuh. Maknanya diorang akan amik kesempatan terhadap rakyat Malaysia yang benar benar perlukan kerja ! Ini tidaklah adil buat kita , kan ? Dengan rakyat luar , lain la.. tengok la kos sara hidup diorang camana.. Hurmm..
Sambung.. aku bagi je duit aku tu… dan aku keluarkan lagi duit. Tak pe la.. hari ni hari dia.. esok lusa , sapa tau kan ? Dia tipu , tu antara dia ngan tuhan.. Antara aku dengan dia .. dah selesai ! Aku dah buat tanggungjawab aku..
13 comments
Tiba-tiba habuk masuk mata pagi ni lagi ben, subhanaallah, RM200 ben sedekahkan, siapa sangka kini kami semua melihat ben sekarang mencurah2 rezeki masuk Allahuakbar, benarlah sedekah itu kekal sampai bila2...dihitung oleh Allah, antara ben dengan dia Allah dah catat banyak rahmat. Amin.
BalasPadamIbubapa sanggup buat apa saja untuk keperluan anak hatta mengemis sekali pun.
BalasPadamKetika bergelar ibu tunggal, demi nak beli susu dan pampers anak, barangan elektrik rumah dijual.
Bekerja tetapi wang tidak mencukupi. Waktu itu gaji hanya untuk bayar bil dan keperluan anak. Keperluan diri list yang terakhir.
demi anak.. huhu.. nangis..
BalasPadamtersentuh...
BalasPadammerecik air mate dh rase..
terbaik lah abag ben, rasullah saw pun pernah cakap, bila kita nak bagi donation, jangan fikir yang dia tipu kita atau siapa dia..kerana tolong orng yang memerlukan, besar allah bagi ganjaran
BalasPadamye la yg penting niat kan :)
BalasPadamAllah hu akbar.. terbayang anak dalam dukungan dia.. sedih pon rasa..
BalasPadamsaye baru pagi tadi terfikir.. andai suami takda.. macam mana saya nak sara 2 anak saya.. patutkah saya berhenti dan buat dropship dari rmah.. bayar pengasuh.. takut nak bayangkan..
kita sebagai ibu bapa sanggup ikat perut demi anak2.. biar keperluan mereka cukup, keperluan kita jika mencukupi duit yang ada..
BalasPadamklu dah sentuh bab anak mmg touching.... tolong la selagi kita mampu....
BalasPadamtacing pulak bc entry pagi ni huhu..
BalasPadamtakde anak lagi tapi tetap tak boleh akalau ada org yg macam ni , bersimpati jugak. takut di masa hadapan memakan diri. =)
BalasPadamsama laa aben..x boleh betul bila sebut bab anak ni.. sensitif.. =(
BalasPadamhari ni hari dia.. insya allah, allah bagi lebih kat awak nanti..
BalasPadam