Qhaliff , kali pertama guna pengangkutan awam !
Selepas aku meeting di Cosmoderm Malaysia semalam, terus aku ke Putrajaya untuk makan tengahari bersama wife.. Qhaliff ikut sama aku ke meeting dan kali ni dia sangat baik.. Tak ganggu pon.. Besar dah dia.. Leh ikut daddy gi sana sini pasni dah !
Selepas makan tengahari di Tom Yum Kung , Ayer@8 .. aku mintak wife hantar aku ke Putrajaya Sentral. Aku nak bawak Qhaliff jenjalan naik ERL dan LRT untuk pertama kalinya. Apakah dia mampu berdisiplin atau takut ? Hurmm ..
Aku ingatkan dia nak menangis ikut mak dia selepas nampak mak dia naik kereta dan berlalu pergi.. Tapi ??? Apa yang belaku adalah sebaliknya..
Dia siap lambai lagi dan tak sabar nak berjalan jalan dengan daddy dia ! Huhhhh… Senyum lebar aku tengok perangai dia .. Sangat cool dan berlagak seperti orang dewasa ..
Di stesen ERL , aku kena pegang dia betul betul. Dia ni bukan leh duduk diam lama skit. Cepat bosan. Risau dia nak ajak aku main kejar kejar kat situ.. Nasib baik ERL sampai cepat.. Huhuh..
Dalam ERL.. Aku berdiri dan dia duduk. Saja aku berdiri depan dia.. nak tengok reaksi dia dengan suasana baru dia ni ..
Ok.. sampai Bandar Tasik Selatan.. Tempat kenangan ni.. hahaha.. Tempat cuci mata gituuu.. hahah .. Ok , ok .. jom naik LRT lak.. Aku dukung dia.. seronok dia dapat jenjalan.. Hurmm..
Dalam LRT , aku saja berdiri.. taknak duduk .. Dan berdekatan dengan Qhaliff ada akak akak UPNM. Diorang tersenyum senyum tengok Qhaliff.. Dan budak ni pon membalas laa.. mula la main mata ! Huh.. jeles la pulak daddy tengok.. Teringat zaman bujang dulu.. Hahahaha ..
Sampai dah stesen Cheras ! Lega akuuu.. tak larat tengok diorang bermain mata ! Jeles okeeh !! Hahaha.. gurau je ( padahal betul )..
Pastu naik teksi hingga sampai depan rumah.. Alhamdulillah.. dia tak buat hal atau karenah ! Tenang jer.. Tapi bila sampai je rumah.. dia berubah terus .. Adeh..
Kenangan bersama anak kita , sememangnya akan jadi memori terindah.. Alhamdulillah.. aku merasai detik manis ni.. Masa akan berlalu meninggalkan kita dan mereka akan meningkat usia.. Satu hari nanti , mereka akan ‘tinggalkan’ dan kita sebagai ibu bapa yang membesarkan mereka akan merindu saat saat ini..
Hargai masa.. Jangan terlalu kejar harta hingga terlupa mana satu harta sebenar !
5 comments
BAGUS QHALIFF (Y)
BalasPadamhuwaa.. tak pernah naik
BalasPadamDah besar dah qhalif..
BalasPadambudak2 memang teruja sangat naik kenderaan awam nih.. pernah jugak bawak anak2 diaorang memang suka sesangat, siap ajak naik lagi next time..
BalasPadambiasala klau nampak budak comel...heheheh
BalasPadam