BLOGGER: Pengaruh blogger atau dipengaruhi blogger ?
Kekuatan atau kelebihan seseorang blogger ialah pengaruhnya.. Apa saja yang ditulis di dalam blog dan media sosial , mampu mempengaruhi orang lain.. Walaupun dia cuma ada 10 orang pengikut , bila dia berkata atau mengeluarkan pendapat.. sekurang kurangnya 6 akan bersetuju ! Itu pengaruh namanya ! Atau apa saja yg dia post di media sosial , akan mendapat perhatian !
Pengaruh blogger juga berguna untuk ke menarik pengikutnya untuk berbakti serta beramal dengan lebih baik. Apa guna ada pengaruh tapi tak gunakan denga cara yang betul , kan ?
Seawal aku berblog dulu , aku dapat job.. Ingat lagi aku. Spritzer.. Hurm.. Camana aku nak tarik pembaca aku untuk membeli produk tersebut ? Kemudian aku dapat sponsor stroller.. Harga ? PErgh.. dengan gaji aku masa tu , pk 24 juta kali la nak beli.. Kalau aku sendiri terfikir gitu , camana pulak pembaca blog serta rakan rakan di media sosial aku tu ?
Tu belum lagi aku post gambar aku guna baby carrier di Facebook.. Akan ada yang pm atau persoalankan mengenai kesesuaian produk tersebut.. Itu tandanya apa saja yang aku buat , dah mula mendapat perhatian ! Bukan sekadar syok sendiri ..
Sebagai blogger , kita kena tau.. ke mana arah kita sebenarnya. Nak ke arah kebaikan atau sebaliknya ?
Ok.. semalam aku baca artikal yang dikeluarkan oleh Roti Kaya mengenai Johan yang mengkritik blogger hiburan . Aku malas nak kata la si Johan ni besar kepala atau berlagak.. Tu dia punya hak. Kita kena ingat dunia ni ibarat roda..
“Ini semua nonsense (tidak berfaedah). Andaian yang mereka timbulkan selalunya akan membuatkan sesuatu perkara itu menjadi lebih kecoh”
“Saya tidak akan layan penulis blog dan saya berpendapat kehadiran mereka sebenarnya langsung tidak diperlukan. Jika ada sesiapa yang ingin temu bual dengan saya dan dia adalah blogger saya tidak akan layan,” ujarnya yang sudah beberapa menjadi mangsa.
Terus terang , aku memang tak gemar Jozan dari dulu. Sebab apa yang keluar dari lawak lawak mereka , aku tak nampak pon berfaedah.. Ini ke diorang nak banggakan ? Bandingkan lawak mereka dengan lawak Bujang Lapok ! Ibarat langit dan bumi ! Sungguh pon pelawak dulu tak kaya raya macam pelawak sekarang ni tapi lawak mereka penuh dengan pengajaran ! Itu dah cukup bagus dari duit ! Maka , tak perlu la nak angkuh sangat ! Ingat gak la asal usul. Yang popularkan mereka ni sapa ? Wartawan ke pengguna media sosial yang dikuasai oleh mereka yang ada blog ?
Aku tak sentap pon sebenarnya.. sebab aku tak tulis pasal hiburan cuma aku nak ingatkan je la.. Blogger takkan tulis mengenai artis andai takde isu panas ! Maka , jangan la kasi isu atau point pada blogger untuk tulis mengenai anda ! Sebelum nak buat sesuatu , kena la pk pk gak la ..
Dan nasihat buat blogger blogger termasuk aku.. Ingat dosa pahala skit bila menulis.. Aku pon malas nak sentuh part hiburan melainkan terkait dengan aku .. maksudnya , aku ada di tempat kejadian la.. heheeh..
Sebab tu aku tak layan Era.Fm.. aku rela layan Sinar.Fm lagi setiap hari.. Makin mantap penyampai radio Sinar.Fm.. Apa guna popular tapi isi kureng ??? Baik jadi buah durian dari buah epal.. Epal nampak glamer tapi durian power weh !!
7 comments
Setelah sekian lama.. 1st time dpt entry panjang dr abg ben..mihmih
BalasPadambetul..sy pun xdgar Era dah..ngarut banyak..baik dengar radio lain
BalasPadamsy setuju dgn abg Ben. Blogger menulis mengikut situasi semasa.. tak da dia tulis, xda kaitan dgn situasi wktu tu.
BalasPadamRamai suka order my crepe Durian!!!
BalasPadam**eehh... Tetiba***
Tapi setuju ngan Abg Ben, kita sendiri kena cari ilmu yg bermanfaat.
keep it up KBBA :D
BalasPadamterbaik!!
BalasPadamkalau dia cakap blogger hiburan, xdalah aku sentap sangat. hehehe!
BalasPadam