ZIKRAH 2015 #2 : Pentingnya berzakat !

by - Jumaat, April 17, 2015

 

image

Masih ramai belum faham betapa pentingnya berzakat ni. Ada yang anggap ianya cuma untuk orang orang kaya atau berpendapatan besar jer.. dan ianya cuma untuk anak anak yatim serta tak berkemampuan ! Ahaa.. persepsi begini kurang tepat dan perlu lebih banyak infomasi mengenainya..

Alhamdulillah.. seharian bersama team ZIKRA 2015 , ada antara blogger #kelabbloggerbenashaari yang ikut serta terbuka mata dan faham akan tujuan utama serta ke mana wang zakat disalurkan..

Antaranya ..

image

Asnaf fakir dan miskin yang ingin berniaga tetapi tiada modal untuk memulakan perniagaan , mereka boleh memohon ke Lembaga Zakat untuk bantuan modal perniagaan. Jika layak , mereka akan dibantu.

Bantuan bina rumah.

imageimage

Bayangkan jika kita tidak membayar zakat , sapa nak bantu saudara saudara kita ni ? Sebab itu , ada bahagian dari hak kita tu , milik mereka. Kita wajib bayar zakat..

Ok.. aku tak beberapa paham sebenarnya dulu.. Dan aku sendiri akan ke pejabat Lembaga Zakat Selangor , cawangan Bandar Baru Salak Tinggi untuk bertanyakan mengenai pendapatan aku , yang kejap ada kejap takde ni.. Maklumlah , takde gaji tetap.. income pun on off .. Jadi camana nak kira ? Ahaa.. apakah perlu bayar juga ? Kalau kita tak tanya , kita tak tau.. Akhirat nak kena jawab woo..

You May Also Like

0 comments