Jom sokong Kempen “Milk4Syria” dan “Food4Syria” !

by - Selasa, April 07, 2015

 

Bayangkan jika semua ini berlaku , di negara kita ! Sapa yang akan bantu kita ? Bantu anak anak kita ? Bantu saudara mara kita ?

imageimageimageimageimage

Mereka yang masih kecil ,yang tak tau apa apa.. menjadi menjadi mangsa kekejaman manusia tidak berperikemanusian. Bayangkan mereka ini anak kita .. Hurmm.. Sapa yang beri bantuan pada kita ?

Kempen “Milk4Syria” dan “Food4Syria” telah dilancarkan baru-baru ini oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Syria Care yang bertujuan membantu kanak-kanak di negara yang sedang bergolak itu.

Kesengaraan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak berdosa teramasuk bayi yang baru dilahirkan amat meruntun hati masyarakat seluruh dunia. Bersama rakyat Syria yang terselamat, mereka sangat terdesak untuk mendapat sesuap makanan.

Akibat “peperangan” di negara sendiri yang semakin memuncak punca pencarian hidup dan sumber rezeki mereka telah hilang. Rakyat Syria kini hidup merempat, kebuluran dan menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Melalui kempen susu dan makanan untuk rakyat yang masih terselamat daripada serangan tersebut, Syria Care telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar susu tempatan, NR Bashirah atas jenama Uwais.

Menurut Pengurus Besarnya, Siti Sakinah Meor Omar Baki, orang ramai boleh menyumbang dengan cara membeli susu dengan nilai RM50.00 sekotak dan pihak NR Bashirah menambah sekotak lagi. Ini bermakna mereka akan menyumbang dua kotak susu dengan nilai tersebut untuk kanak-kanak di Syria.

“Satu lagi cara, penyumbang boleh membeli sekotak susu untuk dibawa pulang dengan harga RM45. Sebahagian daripada hasil jualan ini akan dimasukkan ke dalam projek “Food4Syria”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen bantuan makanan dan susu untuk rakyat Syria di sini baru-baru ini. Hadir sama Pengerusi Syria Care Malaysia En. Omar Abdul Hafidz Al-Harastany. Di majlis yang sama turut diadakan majlis menandatangani perjanjian antara Syria Care dengan NR Bashirah dan juga Syria Care dan SS Wealth Ventures.

Tambahnya, kempen bantuan susu dan makanan kepada rakyat Syria boleh disertai oleh semua pihak di negara ini.

“Food4Syria” – “Milk4Syria”, menjadi keutamaan kerana bekalan makanan dan susu sangat diperlukan buat masa ini. Sesiapa sahaja boleh menyumbang untuk projek ini kerana buat masa sekarang pihak kami baharu menerima 1,000 kotak, sedangkan untuk memenuhi satu kontena, 10,000 kotak susu perlu dikumpulkan.

“Sehubungan dengan itu, penyumbang atau mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh melawati “Facebook” kami diwww.facebook.com/syria.care atau hubungi talian 03-5523 4077 / 0113 3703 0900” ujarnya.

Siti Sakinah berkata, sempena bulan Ramadan, pihaknya turut melancarkan kempen berbuka puasa dan sahur serta pakaian hari raya untuk rakyat Syria.

“Kempen ini bertujuan menyediakan makanan berbuka puasa dan bersahur untuk rakyat Syria sepanjang bulan Ramadhan akan datang antaranya, projek dapur rakyat, bekalan kotak makanan dan projek baju raya anak yatim.

“Keperluan asas seperti minyak masak, tepung, gula beras dan lampin pakai buang juga menjadi keutamaan dan kami sangat memerlukan keprihatinan rakyat di negara ini untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Tambahnya sepanjang kempen selama dua bulan ini pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk mini pameran dan jualan, majlis makan malam dengan jualan meja, persembahan “flash mobs”, karnival di beberapa buah negeri dan sokongan berita dan hebahan daripada pihak media.

“Syria Care akan menghantar bantuan bagi menyediakan Dapur Rakyat dan juga Bekas Makanan.Dapur Rakyat akan didirikan di GhoutahTimur, Idlib, Selatan Damsyik. Homs, Latakia, Ghoutah di mana makanan akan dimasak dan diagihkan buat penduduk setempat.

Projek ini akan menelan belanja RM8,775,000.00 .

Bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk datang ke lokasi yang ditetapkan, kotak-kotak makanan berisi bahan makanan asas akan diagihkan ke kawasan mereka. Projek ini pula akan menelan belanja RM5,974,000.00,”

Siti Sakinah menambah, pihaknya turut berhasrat menyediakan kelengkapan hari raya bagi 300 anak-anakyatim di Timur Ghoutah dengan penyediaan RM33,900. Ini bermakna jumlah keseluruhan sasaran bagi projek sempena Ramadhan ini adalah RM14,782,900.00.

“Sehubungan dengan itu, Syria Care mencari dan mengalu-alukan 30 rakan kerjasama menyertai projek ini. Setiap satu daripada mereka akan mensasarkan satu bahagian yang bernilaiRM 492,764.00. Jumlah tersebut mampu menyediakan makan berbuka dan sahur untuk 19,500 orang sehari, 483 pek keluarga untuk sebulan serta 10 pasang baju raya kepada anak-anakyatim,” katanya.

Tambahnya, projek selepas Ramadhan akan disusuli dengan projek kelangssungan hidup untuk jangka masa panjang. Antaranya projek pembinaan perigi untuk sumber air bersih, ladang ternakan, ladang sayur-sayuran, pembinaan sekolah dan asrama anak yatim.

Penyumbang atau mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh melawati “Facebook” kami di www.facebook.com/syria.care atau hubungi talian 03-5523 4077 / 0113 3703 0900”

You May Also Like

3 comments

  1. mcm mane mereka nk masuk untuk salurkan bantuan..

    BalasPadam
  2. Allahurabbi..tak sanggup nak tengok gambar tu..huhu..

    BalasPadam
  3. Doa buatmu wahai para saudara kami.. sebagai seorang ibu, luluh hati melihat kesengsaraan kanak-kanak di sana

    BalasPadam