Tak keje ? Duduk rumah dan jaga anak ? Sapa nak pikul tanggungjawab tu ? Rata rata akan serah pada pengasuh ! Kalau berkemampuan , masing masing nak duduk rumah dan jaga anak.. Tiap bulan , gaji masuk automatik .. kan ?
Hurm.. Sewaktu berbincang dengan wife ketika mengandungkan Qhaliff , aku amik keputusan untuk pikul tanggungjawab tu . Aku tak percaya pada pengasuh. Maaf.. terpaksa ! Banyak sangat kes melibatkan pengasuh dan mereka tak boleh dipersalahkan jika berlaku apa apa kemalangan atau kecuaian. Salah sendiri kerana memili pengasuh tak berlesen atau berdaftar. Nak hantar pada yang berlesen , bukannya murah ! Dah hampir separuh gaji sebulan !
Sekarang aku dah ada dua orang anak. Terus terang tugas menjaga diorang ni bukanlah mudah ! Dan semalam , seorang rakan blogger membawa khabar buruk.. rakan pejabatnya , kehilangan anak kecil yang mati lemas di dalam baldi bilik air ketika pengasuhnya sedang tidur ! Bayi berusia 11 bulan tu merangkak ke bilik air dan .. hurmm.. tu je yang aku tahu dan sememangnya aku tak nafikan Zahra sendiri berkali kali nak masuk bilik air. Nak main air dalam tu..dan sejak tu , pintu bilik air senantiasa ditutup.. Hurmm..
Hati kering minah ni ! Kena jaga skit dia.. hurm..