Tidur lewat , bangun awal.. Pastu mulakan aktiviti harian yang padat dan segalanya nak SEGERA ! Serius , amat memenatkan. Apatah lagi kena memandu ke sana sini , seorang diri.
Mata letih atau mengantuk tak cukup tidur ? Ditambah lagi dengan cahaya matahari yang kekadang terik , sememangnya membuatkan aku terpaksa berhenti memandu dan melelapkan mata untuk tempoh 10-15 minit jer.. Dapat 5 minit pon dah lega ! Berenti kat RnR atau stesen minyak terpilih ..hehehehe..
Teringat cerita seorang kawan , baru-baru ni dia terlelap untuk beberapa saat dan kesannya , dia terlanggar lori besar ! Keretanya remuk teruk tapi alhamdulillah , dia dan anak anaknya tiada cedera.
Menakutkan dengar cerita dia.. aku sendiri pon kerap mengantuk dan ada beberapa kali terasa seperti diawangan dah ! Huuurmmm .. bahaya tul !
Apa yang lebih membimbangkan..jika bawa anak anak sekali ! Sila amik perhatian yer.. Jangan kejar masa sangat ! Kalau dah mata tu tak larat sangat nak melihat jalanraya , sila berenti dan berehat seketika.. Lelapkan mata kejap , lebih baik dari terlelap dan tak bangun bangun ! Atau , bangun bangun.. tadaaaaa.. magic ! Ada kat hospital !