Akhirnya , aku dapat jugak 'tarik' dia menjadi jurugambar untuk projek Raya 2017 ni.. Bukan mudah nak dapatkan jurugambar yang punya pengalaman selama 20 tahun ! Apatah lagi dia sering menjadi jurugambar untuk projek projek artis dan pernah menang anugerah AIM untuk kategori Kulit Album Terbaik... album Stacy ! Bangga weh !
Event di Muzium Warisan Melayu UPM menjadi saksi kerjasama kali ni. Memang terbaik sungguh la tempat ni ! Hujan tak menghalang dari sejarah ini berlaku. Alhamdulillah.. rezeki di sebelah kami. Hujan tak lama pastu mentari muncul. Cuma padang agak becak namun blogger dan Wan Izhar Abu Bakar serta krunya tak patah semangat. Masing masing mencari sudut terbaik untuk bergambar !
Secara jujurnya aku agak terkilan tak dapat bergambar secara individu dengannya semalam sebab memberi laluan pada 'anak-anak buah' terlebih dahulu. Sehingga jam 2 petang , masih ada yang menanti giliran. Aku terpaksa pulang sebab mertua ada di rumah dan ditambah lagi dengan keadaan Aariz yang tak sihat.
Tapi sepanjang aku di sana aku dapat lihat betapa profesionalnnya dia bekerja berdepan dengan hampir 40 blogger yang datang ! Hahahaha.. Satu pencapaian terbaik aku mengumpul blogger untuk satu event dan mereka tak perlu keluar sesen pun hari ni.. Makan segalanya ditanggung... Makeup , pakaian pun ada yang ditaja !
Jutaan terima kasih buat Wan Izhar dan ODS Studio kerana sudi meluangkan masa untuk #KBBA9. InshaAllah , kami ada satu lagi projek bersama selepas raya. Buat pengetahuan , jika mereka ingin menggunakan khidmat Wan Izhar Abu Bakar dan ODS Studio Communications untuk phoshoot koperat dan sebagainya ( kawin takda yer ) , boleh hubungi Puan Huda di 012 303 1005.
Pasni aku nak bergambar profile di studio ODS lak.. hehehe.. dah beberapa kali batal sebab sebab tertentu..
Terbaik !