'Giler Pro' Wan Izhar Abu Bakar !
Akhirnya , aku dapat jugak 'tarik' dia menjadi jurugambar untuk projek Raya 2017 ni.. Bukan mudah nak dapatkan jurugambar yang punya pengalaman selama 20 tahun ! Apatah lagi dia sering menjadi jurugambar untuk projek projek artis dan pernah menang anugerah AIM untuk kategori Kulit Album Terbaik... album Stacy ! Bangga weh !
Event di Muzium Warisan Melayu UPM menjadi saksi kerjasama kali ni. Memang terbaik sungguh la tempat ni ! Hujan tak menghalang dari sejarah ini berlaku. Alhamdulillah.. rezeki di sebelah kami. Hujan tak lama pastu mentari muncul. Cuma padang agak becak namun blogger dan Wan Izhar Abu Bakar serta krunya tak patah semangat. Masing masing mencari sudut terbaik untuk bergambar !
Secara jujurnya aku agak terkilan tak dapat bergambar secara individu dengannya semalam sebab memberi laluan pada 'anak-anak buah' terlebih dahulu. Sehingga jam 2 petang , masih ada yang menanti giliran. Aku terpaksa pulang sebab mertua ada di rumah dan ditambah lagi dengan keadaan Aariz yang tak sihat.
Tapi sepanjang aku di sana aku dapat lihat betapa profesionalnnya dia bekerja berdepan dengan hampir 40 blogger yang datang ! Hahahaha.. Satu pencapaian terbaik aku mengumpul blogger untuk satu event dan mereka tak perlu keluar sesen pun hari ni.. Makan segalanya ditanggung... Makeup , pakaian pun ada yang ditaja !
Jutaan terima kasih buat Wan Izhar dan ODS Studio kerana sudi meluangkan masa untuk #KBBA9. InshaAllah , kami ada satu lagi projek bersama selepas raya. Buat pengetahuan , jika mereka ingin menggunakan khidmat Wan Izhar Abu Bakar dan ODS Studio Communications untuk phoshoot koperat dan sebagainya ( kawin takda yer ) , boleh hubungi Puan Huda di 012 303 1005.
Pasni aku nak bergambar profile di studio ODS lak.. hehehe.. dah beberapa kali batal sebab sebab tertentu..
Terbaik !
21 comments
betul tu bea, mmg respek kat Abg Wan Izhar & team. Profesional & kreatif
BalasPadamMmg pro. Tak sabar tggu hasil eheheh
BalasPadamMemang pro.. yg x biasa jd model ni pun dia pandai handle.. hehehe
BalasPadamRespect dgn beliau. Bukan senang kot nak bekerjasama dgn 'talent' yang melebihi,10orang. Tapi xde pun nampak kalang kabut ke ape. Cool,je buat kerja. Memang terbaik. Tak sabar jgk nak tggu hasilnya. Hahahhahaa. Walaulun malu nak diamek gambar, tp bila jadi org last, lega sikit. Xde malu sgt. Huhu
BalasPadamTidak dinafikan..setelah merasai sendiri pengalaman shoot dengan beliau, wan azhar and team memang sangat pro...well done bang wan azhar and team..tidak sabar tengok hasil dari beliau and team...hihihi
BalasPadamTq aben ... Terbaik photog , trharu dpt jd model utk kbba ..
BalasPadamsaya pun antara yang tak sempat gambar.. tak sampai hati bila photographer mintak nak makan dulu.. kami pun ada hal lain..jadi takde la peluang
BalasPadamSeronok bergambar dgn photographer mcm Wan Izhar. Semalam sempat lihat beberapa gambar. Nampak Style dan menarik. Kudos tu Wan Izhar and the team.
BalasPadamMmg pro cara Wan Izhar & team bekerja, sabar je layan kerenah punya lah ramai blogger tu bukannya mudah.
BalasPadamSgt professional. Tak sabar tunggu hasilnya nanti
BalasPadamMemang terbaik dan pro. Suka tengok cara kerja diorg sgt lancar dan tak sabar tgu hasil gambarnya..
BalasPadamBetul tu...suka cara dia bekerja..tak pandai posing, dia ajar cara pose yang sesuai...tak sabar tunggu gambar siap.. tq Aben bagi peluang kat kami 😊 semoga makin melimpah ruah rezeki Aben..moga Aariz cepat sihat
BalasPadamYeaa... Aku sempat jer dpt personal shoot dari wan Izhar... Sempoi dan profesional... Pengalaman yg bermakna...
BalasPadamvery professionl photographer!
BalasPadamMemang terbaik Wan Izhar dan krew. Tak sabar nak tengok hasilnya.
BalasPadamterbaikkk..:)
BalasPadamWan Izhar sangat profesional, senang bekerjasama dengan orang pro... The best photoshoot ever!!
BalasPadamWan izhar sangat profesional. Senang bekerja dengan orang pro, the best photoshoot ever...
BalasPadamMemang tabik spring pada photographer... Dgn keadaan yg becak, photoshoot berjalan dengan jayanya.
BalasPadamMemang beliau jurugambar terbaik! Sabar dan profesional bila bekerja.
BalasPadamTak sabar nak tengok hasilnya..nak juga berphotog dekat studio.untuk profile
BalasPadam