Segalanya , terpulang pada diri sendiri !

by - Khamis, April 13, 2017

Kenal mamat kat atas ni ? Dia satu tika dulu , pernah tergolong dalam manusia yang gagal ! Dan sekarang masih lagi 'gagal' namun berusaha untuk berjaya ! Nak berjaya ni , bukan mudah.. dunia dan akhirat kena seimbang ! Kalau setakat dunia je berjaya , tu tak guna.. tak guna sama sekali ! 
Aku teringat lagi sewaktu aku usia 20an. Bila jejak 20an tu , MasyaAllah.. aku rasa tua sangat dah ! Segan nak bagitau umur aku kat orang masa tu. Maklumlah , usia muda kita cumalah di zaman sekolah.. bagi kita walhal bila dah cecah 40 tahun , 20 tahun itu amat mentah sekali usianya !!!
Dalam usia 20an , aku amat membazirkan masa ! Sangat membazirkan masa. Sayang sungguh.. Namun aku bersyukur , walaupun dalam pembaziran masa tu .. aku belajar banyak perkara yang berguna untuk aku di usia ini. 
Bayangkan.. dalam usia 20an tu , aku tercari cari kehidupan.. menganggur.. melepak sana sini ! Tak tentu hala kehidupan tapi aku bersyukur tak terpesong jauh ! Masih boleh dibentuk dan ditegur ! Dalam hati selalu berdoa agar Allah hadirkan seorang insan yang mampu mengetuk kepala aku lalu mengubah aku 100% !!!
Aku pemalas dulu.. Fuh , serius.. sekarang pon pemalas tapi tak seteruk dulu. Dulu , takda orang nak ajar atau nak bimbing aku. Ada la sorang dua insan yang bergelar ' guru ' yang aku nampak serius nak tolong aku.. Alhamdulillah. 
Sejak mengenali mereka.. aku tahu.. rezeki ni luas ! Kena rajin je carik. Walaupun aku bukan angkasawan , adalah tidak mustahil aku tidak mampu ke angkasa lepas andai ada rezeki aku ! Cuma aku perlu berusaha..berdoa.. minta pada yang sepatutnya ! 
Begitu juga dengan korang.. ada yang mengeluh.. gaji kecil.. tak cukup makan.. pekerjaan tak best.. tak kawin kawin lagi.. takda anak ... dan mcm mcm lagi la masalah. Jangan sesekali mengalah ! Berusaha selagi bernafas ! Ingat.. Kalau kita nak A , andai dapat B... maka itulah yang terbaik buat kita , masa itu ! Allah Maha Mengetahui. InshaAllah ada yang terbaik buat kita cuma belum masanya lagi... 
Contoh cam Amira Othman.. kan Mira kan ? Tunggu abg Ben tauu... aummmm ! 

You May Also Like

2 comments

  1. betul bang. daripada complain ekonomi tak bagus itu ini etc, baik kita tingkatkan usaha.

    -----
    Jemput Datang Blog <a href="http://suzlinazreena.blogspot.com/>#TheRealBloggerMak</a>

    BalasPadam
  2. Betul..bila terlalu menjurus negatif..negatif jadinya..sebab Allah tengok juga suara dari hati kita...

    BalasPadam