Tak susah jaga bayi berusia 6 bulan ke atas..
Aariz dah diajar bangun awal pagi. Dalam jam 7 , dia dimandikan dan seterusnya sarapan pagi. Kemudian , lepak tengok tv atau 'tengok dunia' . Aku tak tau la bayi lain camana tapi kalau Qhaliff , Zahra dan Aariz ni , pagi pagi memang aku kena bawak diorang berjalan sana sini dulu sebelum tidurkan semula dia. Cuma tang Aariz ni payah sikit nak bawak berjalan sebab mak dia awal pagi dah kelam kabut. Siapkan Qhaliff , makan Zahra dan bersiap untuk pergi kerja. Maka aku terpaksa duduk rumah jaga Aariz dan tolong dia juga.
Selepas dia pergi kerja.. barulah masa aku dengan Aariz. Hehehehe... Jom lepak cuci mata. Sayang anak dara sebelah dah pindah. Tak leh tengok awek awek cun dah.. Kalau tak , mesti akak akak tu tergoda tengok Aariz yang hensem cam daddy dia.. hehehe..
Samada nak cuci mata atau bermain dengan anak kita tu , terpulang.. Tapi yang pasti , bayi takkan dapat bertahan lebih dari 2 jam. Tu dari pengalaman aku la.. Selepas 2 jam , diorang akan mula lapar , dahaga dan kepenatan. Susukan , tukar lampin.. dan tidurkan mereka.. Ada yang bagi tanda tanda terlebih awal dengan buat 'perangai'. Aku tak tau la kot ada bayi mampu tahan lebih 2 jam. Mungkin dah dilatih berjaga lebih lama.. sapa tau kan ? Heheeee..
Apa pun.. jika korang jaga anak korang sendiri , pastikan korang senantiasa cukup rehat , tidur dan yang penting.. mental dalam keadaan stabil. Pasangan perlu pastikan semua ini atau anda biarkan anak anda dengan insan yang dalam keadaan emosi yang kurang stabil , fizikal yang t idak bersedia !
3 comments
Betul tu. Kalau mereka cukup susu, cukup makan dan cukup tidur memang tak susah jaga.
BalasPadamgreat entry
BalasPadambestnya ada baby
betul,setuju,mak emosi tak stabil anak pun meragam ,macam paham pulak huhuuu
BalasPadam