Selamat Datang Nando's ke dalam hidupku !

by - April 16, 2017

Fuh....tengok ayam dia jer , dah terasa terliur ! Tak sangka rasa dagingnya begitu.. yummy !! Aku adalah pengemar Kenny Rogers.. Aku tak pernah rasa nak makan Nando's bila ada kawan kata tak sedap berbanding Kenny. Maka aku tak teringin nak makan langsung sehinggalah baru-baru ni , wife ajak gi makan. Katanya , sedap ! Wife aku kalau kata sedap , bermaknanya ianya memang sedap sebab dia memahami sangat selera aku.. Dia tau aku 'penggila' ayam dan tau mana yang sesuai untuk aku. 
Dan yer , semalam adalah kali kedua aku makan Nando's. Aku tak boleh 'stop' bila dah mula makan. Sup cendawannya , friesnya... air lemon aisnya yang boleh direfill, melengkapkan malam aku ! Aku makan cam tak pernah makan ayam !! Goshh.... selagi tak abis sekor dalam pinggan tu , aku takleh tengok kiri kanan. Ditambah dengan sos peri peri dan extra hot , adoiyaiiiiii... mana mana buffet Ramadan preview aku sanggup tolak ! Hahahahhah.. 
Harga ? Ada kata mahal tapi kalau dengan kesedapan gini , mahal skit pon ok laa... Asalkan balik dengan puashati ditambah lagi dengan layanan staff Nando's teruamatanya di cawangan Giant Bandar Baru Nilai , terbaik buat aku ! Aku selesa sangat makan kat situ. 
Rasa nak gi lagi ? Gilerrr ! Kalau boleh nak berumah sebelah Nando's jer ! Hahahahaha.. Aku dah kemaruk wehhhh ! Aku kalau dah suka , hari hari boleh makan menda sama. Pasni nak rasa menu lain lak.. Semalam tengok ada mat salleh tu order satu menu tu... menarik ! Nak try... malam ni gak ! Hhahahahahahahhahaa...

You May Also Like

4 comments

  1. gelojohnye Ben....haa...haaaa.haaa......

    BalasPadam
  2. owh..sekarang dah sedap ke...dulu prefer makan yang Kenny..Tak suka sangat Nandos sebab sosnya masam..ben cakap sedap, bolehlah nak try makan lagi..

    BalasPadam
  3. Tak pernah try lagi.. tapi nampak mcm sedap 😊

    BalasPadam
  4. Jarang makan kat Nandos, tapi ada menu baru kena cuba ni.

    BalasPadam