Penatnya jadi suri rumah...
Bagi yang bekerja , lepas subuh dah kalut bersiap nak gi kerja. Melainkan pejabat dia depan umah je.. maka boleh la sambung buat setengah jam gitu.. hehehe.. kan kan ? Tapi buat mereka yang bergelar suri rumah dan punya anak.. pastinya tak boleh gitu dah sebab... sebab.... dah kena mula bertugas ! Melainkan ada 'orang gaji' !
Pengalaman aku menjadi suri rumah selama 5 tahun , memang hurmm.. kalau boleh tu kan , aku nak je gi kerja ! Tak sanggup duduk rumah hari hari ! Seriussss !! Maaf , aku bukan mengeluh tauu.. tapi sekadar nak bagitau.. suri rumah ni bukan duduk rumah 'mengangkang ' sambil tengok telenovela atau drama bersiri yang bila dah abis, bersambung cerita lain lak ! Fuhhh...
Aku ada 3 orang anak kecik..
Serius seronok tengok diorang membesar depan mata tapi dikala mereka membesar , pelbagai ujian dilalui. Jujur aku kata , ikutkan ujian yang aku alami ni kecik jer. Alhamdulillah.. mungkin Allah tau had aku kat mana kan..huhu.. Ni pun dah buat aku hari hari rasa cam... "Ya Allah , Kau hantarlah seorang orang gaji untuk membantu aku mengemas rumah ini... setiap hari ! ".
Nasib baik si abang tu dah bersekolah.. kalau tak ? Macam semalam.. dia balik awal. Si Zahra suka laa.. bila ada geng kat rumah... fuh , rumah serupa kapal karam ! Dan si kecil ni pon dah mula nak join dah !! Senyum tengok abang n kakak dia mengkaramkan rumah. Adehhh..
kat bahagian ni saja semalam 3-4 kali aku kemas. Dia kasi tumpah nasi... kasi tumpah air.. apa saja yang dia dapat , confirm akan tumpah ! Mengingatkan aku pada diri aku sewaktu kecik dulu. Aku rasa dia ni memang dapat ciri ciri aku ni ! Adehh.. bahaya ni.
Walaubagaimana pun , aku pasti sangat.. sepenat penat suri rumah.. mereka ikhlas 'menjaga' rumah dan membesarkan anak anak tanpa berbelah bagi perasaan ! Sesungguhnya , nak gi kerja tu lagi membosankan dari mengemas rumah. Cuma bezanya , suri rumah tak nampak dunia tapi dikatakan duduk berehat sambil jaga anak je ! Amboiii..mulut !!! Aku takda gaji tauuuuu !
5 comments
Setuju sangat!! Memang penat.. Kerja rumah pun tak pernah habis.. Hihi tapi seronok.. Doakan sy cepat jadi surirumah sepenuh masa
BalasPadamI boleh bayangkan mcm mana penatnya, urus masa wkend saja pun dah semput rasa hehe. Tapi...penat uruskan org yg kita sayang ni lain, penat berurusan dengan org yg kita belum tentu suka ni...hmmmm stress lain macammm huhuhu
BalasPadamDah ada anak atau belum ada anak bila suri rumah sepenuh masa..yup kerja tak pernah habis..kadang tidur pun kerja yang tak selesai lagi boleh join dalam mimpi..apatah lagi bekerja dan dah ada anak lebih berganda fokus dan tenaga yang wajar dicurahkan bila balik rumah..
BalasPadambtul. surirumah bukan skdar goyang kaki sh..sbb tu naik angin skit bila org kata...dok umah je..bukan buat apa pun..asal nak penat..aish..panas ati tite...
BalasPadammacam tu lah kerja suami saya... sama macam abg ben kerja di rumah sambil jaga anak...
BalasPadam