Dia dah besar tapi masih lagi cemburu ! - BEN ASHAARI

Dia dah besar tapi masih lagi cemburu !

3 tahun dah. Tapi lagak dia macam dah 5 tahun. Orang kata anak perempuan memang nampak cepat matang. Hurmm... Setiap malam , dialah yang jadi peneman aku. Dia tak nak benda lain.. nak susu botol dia jer.. 
Sekarang ni , kerap betul datang cium pipi aku. Kalau tengok aku bermanja dengan abang dia , dia jeles.. Ngan adik dia pon jeles ! Masih tak boleh terima adik dia bermanja dengan aku tapi dia sayangkan adik dia. Tak kasi sapa sapa pegang Aariz. Marah dia.. 
Sekarang ni dah pandai mengemas. Jangan disuruh tapi cakap dengan baik ! Tu perangai aku tuu.. Cakap baik baik.. mintak baik baik ! InshaAllah aku turut.. begitu gak ngan dia. Kalau kasar je arahan , dia amik pastu campak kat kita ! Hahhahahaha.. Garang tul minah ni! 
Tahun depan plan nak sekolahkan dia. Sian dia nak berkawan. Garang tapi dia mudah masuk dengan orang  cuma... 5 minit pertama pastu dia akan wat hal dia sendiri ! Haahahah.. dia leh hidup dengan dunia dia sendiri.. cam aku ! 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.