Petrol naik lagi ! Tak hairan dah tapi...

by - Khamis, April 20, 2017

Geleng kepala ! Sekurangnya dulu sebulan sekali naik.. sekarang , kononnya bila buat mingguan.. stesen minyak boleh bersaing untuk mendapatkan pelanggan ! Apakah pemilik stesen minyak nak bersaing sesama merekakah ? Apakah kelebihan pengguna bila dibuat  cara begini ? Setakat ni , sekali turun , 3 kali naik ! Giler laaaa !
Persoalannya , apa tindakan bagi membendung kenaikkan ni ? Ke biar je dan 'ikut dunia ' ? Hurmmm.. Bukan apa.. bila minyak naik , barang barang lain naik gak.. Bila dah naik , nak turun susah walaupun minyak turun ! Kalau dok harap kat KPDNKK je , payah gak.. berapa la sangat tenaga kerja diorang ada ! 
Letih la gini.. Nak tunggu PRU baru nak buat kerja sungguh sungguh bagi mengelakkan banyak undi rosak atau memangkah pembangkang ke ? Hurmmm... 
Makin ramai rakyat sendiri stress.. 

You May Also Like

5 comments

  1. janganlah buat undi rosak atau xpi mengundi. pi mengundi still kena, pilihlah gabungan yang lain pulak. kita tak tahu apa jadi pada gabungan baru, tapi apa salahnya cuba

    BalasPadam
  2. Terasa betul dengan kenaikan minyak ni, tiap minggu pulak tu. Isi RM50 sekarang 3 hari utk 3 hari je.

    BalasPadam
  3. pepagi dah terkena dengan harga minyak baru ni..

    BalasPadam
  4. Asik naik je minyak, kesian kat kami yang gaji tak naik-naik ni....minyak naik takpe kalau gaji pun ikut naik melambung. Huhuhu

    BalasPadam