Sekejapnya masa berlalu... - BEN ASHAARI

Sekejapnya masa berlalu...

Aku terfikir.. jika aku gi travel lama , apakah mampu aku tahan rasa rindu pada mereka ni ? Pada Zahra yang dah mula ringan tulang dan suka menari tu ? Pada Aariz yang suka senyum tapi automatik masam bila berdepan dengan orang asing ? Huhuhuh.. Boleh ! Aku kena keraskan hati sungguh laa.. huhu..

Melihat anak membesar di depan mata adalah impian semua ibu bapa ! Tapi mereka terpaksa bekerja demi mencari duit untuk membesarkan anak anak dalam keadaan selesa dan selamat. Kalau ikutkan , aku rasa diorang lagi suka duduk rumah dan bermain dengan anak anak mereka.. kan kan ? 
Anak yang sebesar tapak tangan.. dari menangis hingga petah berkata kata... tak sangka segalanya berlaku dalam sekelip mata dan secara tidak langsung , kita juga semakin dengan dengan kubur.. Maksud aku semakin tua la.. Memang mati tak mengenal usia.. tapi umumnya makin tua makin hampiri kematian.. tu je maksud aku.. faham ?
Pasni boleh adik dah Aariz.. InshaAllah. Kena cari time untuk terjun tiruk jer ! Hahahahaa...

1 ulasan:

  1. Terharu baca. Makin besar anak makin rindu kita dengan kaletah mereka masa kecil.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.