Apa giler Ben Ashaari pakai lipstik di malam buta ???
Sebenarnya aku tengah buat review amatur.. apa pendapat aku mengenai lipstik yang aku dapat tu. Bukan apa , founder lipstik tu bagitau aku lipstik tu bagus.. kalis air dan mampu tahan lama walaupun selepas berciuman dengan kucing mahupun pingat emas yang baru dimenangi dalam acara lumba dalam guni. Fuh , tu aku nak try tuuu.
Aku kasi wife try gak. Pada awalnya dia suh letak je bibir dia sebagai testimoni.. tapi aku tak kasi sebab bibir dia cam Angelina Jolie. Kang ada yang ingat aku kawin dua lak ! Haaa.. Dah la minah tu menjanda skang.. Haaaa... Tak ke timbul fitnah kat situ ! Lagi pun kan menarik lelaki yang pakai. Kalau nampak menarik , sah sah lipstik tu memang gempak , kan !
Ok.. kesimpulannya , lipstik tu seperti yang dia kata ! Takda bau cat dan memang tahan walaupun lepas gomol Qhaliff dan Zahra. Apa ? Gomol mak diorang ? Huhh.. Tak baik citer gitu dalam blog ni... Ni blog cerita baik baik punya...
Apa ? Nak tau jenama lipstik tu ? Eh.. rileks ar... tunggu sampai aku buat entri penuh. Apa lagi kelebihan lipstik tu dan harganya.. Harganya , memang tak masuk dek akal la ! Murah wooooo.. Wife pun tak caya ! 5 lipstik dengan satu harga ! Wowwww .. cayalaahh !
Pasni aku nak tukar niche blog la.. Blogger Beauty ! Aummmm...
6 comments
ekekeke....gomol kucen jiran ehhh .....
BalasPadamHahahahaahahahahhaa buat lawak ke apa ni abang Ben. Speechless.
BalasPadamHAHAHAHA cepat tau recommend lipstick murah tapi tak bau cat, susah nak cari. Kekekekeke. Dah la abg ben tiru trademark moncong mahal Qhaliff, Bayar tak tu? :P
BalasPadamTerus teruja nak pakai lipstik tu tengok bibir merah menyala muncung itik tu hahahahaaa!
BalasPadamI nampak PINK jer
BalasPadamekekeke
seriously... terkejut scroll IG smlm..
BalasPadam