Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 31 Mei 2012

Blog aku tak sehebat blog dia !

 

Hurm .. Awal awal dulu , sewaktu aku mula berkecimpung dalam dunia blog ni .. aku terikut cara mereka yang gemar membezakan antara blog A dengan blog blog yang lain dari segi populariti dan sebagainya ..

Kesannya , ramai yang berada rendah diri dan juga ‘segan’ . Apa yang berlaku selepas itu , penulisan blog mereka berubah menjadi lebih mengarut yang mana mereka lebih terkejarkan populariti  dan juga trafik ..

Betul , populariti dan trafik tu penting untuk permulaan . Tapi kenalah dengan cara yang betul ..Apa yang berlaku di zaman aku tu , banyak yang mengarut .. Kesan dari tu , entri di blog jadi mengarut gak .. Tiada lagi perkongsian  hidup seorang blogger yang mana mungkin berguna untuk pembaca dia atau maklumat maklumat terkini yang dia sendiri perolehi tanpa copy paste dari blog atau web lain .

Ya , aku akui aku antara mereka yang jadi ‘ termengarut ‘ kejap tapi sebenarnya aku punya alasan tersendiri. Aku mengkaji apa sebenarnya yang menjadi minat bacaan pengguna internet ni .. Apa yang aku tau ialah , sensasi ..

Isu sensasi terutama selebriti dan politik sering menjadi pilihan diikuti oleh fesyen dan juga gaya hidup .. Blog blog infomasi seperti blog masakan , petua petua dan juga pendidikan , punya pembaca tersendiri ..

Blog blog peribadi ni lak , amatlah kurang pengikut kerana mereka ni bukanlah terdiri dari mereka yang dikenali ramai . Maka , ramailah mula bertukar arah .. kan ?

Rugi sebenarnya .. Apa yang membezakan antara blogger ialah penulisannya . Setiap penulis blog ada gaya penulisan tersendiri .. Itulah daya tarikan sebenarnya ..

Malangnya , dari mula aku berblog hingga sekarang .. tumbuhnya blog ibarat cendawan tumbuh selepas hujan adalah semata mata ingin mendapatkan pulangan yang lumayan ..

Tak salah untuk dapatkan pendapatan dari blog tetapi macam aku kata , kalau nak berjaya seperti blogger yang popular tu , kemaskinikan blog dan wujudkan keunikkan di blog kita tu .. Cari kekuatan blog kita ..

Kebanyakkan kesilapan yang berlaku ialah , tanam pokok hari ni , esok nak kait dah buahnya .. Boleh ke ?

20 komen :

Cik Jajika berkata... [Reply to comment]

Ya!! Saya pun sedang belajar... Selain dari copy paste, saya pun membuat kesimpulan saya sendiri... Ok jugak kot? hehe

yayahnasake berkata... [Reply to comment]

betul apa yang abg ben tulis...saya kadang-kadang pun ada rasa macam itu... rasa macam nak kejar populariti dan kurangkan kualiti dan mutu.... thank you for the advise :)

Vanessa berkata... [Reply to comment]

saya pun kadang kala pndai termengarut gak~ Masih dalam proses mematangkan penulisan :)

Ahlam Miera Amirul Shafie berkata... [Reply to comment]

saya pn jeles tgok blogger2 femes nih.. tapi 2 dulu skrg ni xlagi... sy lebih selesa ikot cara saya... kalu ramai org kenal xbest jgk...betul x? hehehehe...:P

amengs88 berkata... [Reply to comment]

Betul juga tu... saya pon budak baru nk belajar berblog... itu pon atas tunjuk ajar isteri... hehehe sebab saya nk berblog sbb sya suke menaip dan kongsi citer... sya selalu baca entry yg abg ben post, mmg bnyk info.. tambahan lagi sama2 pula jadi ayah baru... hehehe

rAIHan berkata... [Reply to comment]

sama seperti raihan juga. mahu belajar lebih giat lagi..=)

luqman zakaria berkata... [Reply to comment]

Betul betul..saya nih pon masih dalam "termengarut" lg nih..huhu~

♥ Maisarah Humaira ♥ berkata... [Reply to comment]

belajar pelan2 dulu :)
sy pun cmtu jugak..

jom ke blog ke2 sy lensamaisarah.blogspot.com

^_^

Cik Mizah berkata... [Reply to comment]

---- sedang belajar ----

Ikmal berkata... [Reply to comment]

Assalam, terima kasih atas nasihat abg Ben... betul juga kata abg Ben... tak kanlah kita tanam pokok hari ini esok nak petik dah buahnya... hahaha... inilah kalau kesabaran tak ada... Thanx..

Sa Fa Az berkata... [Reply to comment]

masih lagi belajar...
ada masanya sy tak tulis update langsung..tak tau nak tulis apa
:(

Azee Hana berkata... [Reply to comment]

kadang2 saya cuba jugak cari kekuatan blog sendiri,,tapi x jumpa..heee

NasZ berkata... [Reply to comment]

yup. saya setuju dengan bro ben. niat mula2 nak buat blog dah salah. pastu bila tak dapat, mulalah kata si polan ni menipu, syarikat pengiklanan ni pilih kasih dan macam-macam lagi.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Syuhada Nasya berkata... [Reply to comment]

yes .. betul.. sy pon segan silu haha

Ryu on ahsfantasy24.com berkata... [Reply to comment]

sokong dan setuju :)

Bidadari Besi berkata... [Reply to comment]

Conclusion : Just be yourself, kan? :) Tak perlu untuk terlalu mengejar traffic. Tapi Blog Ben Ashaari memang ramai pengemarnya.

THE LEKAT LEKIT STORY berkata... [Reply to comment]

bila ckp pasal ada blogger terasa mula la sindir menyindir kat FB.. tp hakikatnya itulah.. spt BA cakap

♥CIK SHA♥ berkata... [Reply to comment]

betul sangat tu..

Cik Penguin_Solehah berkata... [Reply to comment]

setuju sgt^^.. Setiap blog ada kelebihan masing^_^

Siti K------- berkata... [Reply to comment]

trime kasih atas nasihat tu...ct masih mencari-cari keunikan blog...hehe

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI