Gambar Zarina Anjoulie dicium lelaki .. pulak !

by - Rabu, Mei 02, 2012

 

image

Gambar dan cerita dari Yahoo ..

Pelik gak .. Kalau dia mesra ngan sapa sapa sekali pon , perlu ke nak upload ke internet ? Ni sendiri amik gambar , sendiri upload pastu tunggu kontroversi !

Serius , aku tak kenal pon minah ni.. Dia ni berlakon iklan pampers mana ni  sampai terdesak sangat nak dapatkan iklan ubat gigi lak !! Tolonglah jaga maruah skit ! Setakat status selebriti tu , tak yah la.. tak tahap selebriti lagi.. Selebetibi ada la ..

Maaf la yer Zarina Anjunglie .. Bukan mencipta kontroversi tapi tambahkan lagi je kontroversi yang sengaja dicipta untuk mencari isu murahan !

Weekkkkk !

 

Artikal berita : Yahoo

Pelakon Zarina Anjoulie menjelaskan mengenai isu dia dicium seorang lelaki yang tersebar di laman Twitter miliknya, merupakan abang tiri berlainan ibu namun berkongsi bapa yang sama.

Figura yang penuh dengan kontroversi ini menjelaskan bahawa dia sememangnya rapat dengan abang tirinya itu dan seringkali menunjukkan kemesraan mereka sebagai adik beradik dengan berpeluk dan bercium.

"Tidak salah bukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita dengan adik beradik sendiri dengan mencium dan memeluk mereka. Bukan sesiapa pun, abang saya juga."

"Sebab itu kalau ada yang pernah terserempak saya begitu mesra dengan dia, orang akan salah anggap seperti pasangan kekasih. Namun saya pasti, jika mereka melihat muka abang saya pasti dapat cam kami mempunyai iras muka yang sama."

"Kalau betul lelaki yang saya ada dalam gambar tu kekasih saya, saya tidak akan bertindak bodoh dengan memuat naik gambar tersebut untuk dilihat umum. Sudah-sudahlah dengan gambar yang lepas. Saya tidak mahu ulang lagi kesilapan dulu dengan memuat naik gambar yang boleh mencetuskan kontroversi."

Zarina turut memberitahu bahawa dia agak kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang terus membuat jangkaan tanpa bertanya perihal gambar tersebut.

"Saya agak kesal dengan segelintir masyarakat yang gemar membuat kesimpulan selepas melihat gambar-gambar seperti itu, namun saya tidak tertekan dan anggap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik," ujar Zarina.

You May Also Like

21 comments

  1. mazhab mana ajar dia dengan abg tiri boleh kiss sampai macam tu.. tu baru abg tiri agak agaknya dgn abg kandung macam mna er??? ohooo..

    psttt : tak kenal pun dia siapa?

    BalasPadam
  2. katanya tu ABG TIRI dia ..
    hurm .. bila takde kontroversi, cari kontroversi ..
    bila ada kontroversi , marah :)
    http://nuramalinastoryforever.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Lebih baik jangan upload aksi ala-ala mat saleh gitu...
    Buat orang senang salah anggap..
    Berlakon TV tak seberapa pun..
    kontrobasi je lebih..

    jadi artis jangan sampai jadi badut..

    BalasPadam
  4. alah dia ni, sngaja nk cipta kontroversi je lebih..nyampahhh

    BalasPadam
  5. Hahha. Dia ni lepas satu satu kontroversi dia. Memang sengaja nak naikkan nama dengan cara macam ni. Sampai bila kak oiii?

    BalasPadam
  6. nampak benor nipunyer~ trok sgt bgmbr cmtuh skali..org len pon ade abg jugak..huk oh~

    BalasPadam
  7. kenal dia ni mlalui kontroversi.. x tau la dia femes kot mana.. =.=

    BalasPadam
  8. Hahaha! Amekaw, smua komen panas2. Tp stuju la ckp org. Dh tau mudah slah anggap, knapa taknk ambik iktibar? Sy dgn adik sy lahir satu thun, sma umur. Sy prempuan, dia lelaki. Sy sentuh dia skit pun dia dh jegil bijik mata. Cium? Hm, mau mkn pnampar Arab..

    BalasPadam
  9. Murah sangat publisiti nih... ish ish ish...


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Construction FAIL!

    [18SX] Tips membesarkan anu...

    [U] Tandas terbuka

    BalasPadam
  10. artis kalau tak kontrovesi tak sah..emmm..

    BalasPadam
  11. lain mak sama bapa = tiri ke?... ayooo.... kalau dah sama bapa,tu namanya adik beradik.... lain la klu lain bapa tp sama mak, baru la tiri....

    BalasPadam
  12. @Sis AIhahaha.. kalau saya dapat penampar jepun ..!

    BalasPadam
  13. saya pernah baca blog sorang brader tu..brader tu body builder..
    suka sangat dengan gym.
    baru-baru nih dia dapat baby boy yang
    comel..

    ada satu entry nya kata lebih baik tutup aib orang.
    katanya pada masa itu lah..
    ermm..dan kalau nak buat entry biar
    la yang membina..
    dalam salah satu entry dia pernah tulis jangan buat entry kontroversi je.. buat orang komen yang buruk2 dan mengata..
    pilih sendiri nak dosa atau pahala
    jangan asyik dok mengata orang je..
    katanya lah..

    saya kagum juga.


    harap2 kekaguman saya pada blogger itu kekal lama.


    saper lah saya nak komen pasal artis ni..

    BalasPadam
  14. klu ngan abg pun ade batasan la .... bleh plak cium peluk2 gitu ... malu la weh even sebapa seibu ....

    BalasPadam
  15. @hidayah cer baca betul betul dan cari yg tersirat .. :)

    BalasPadam
  16. kadang-kala blogger tersohor itu tak bermaksud nak aibkan orang , tapi follower dan pengomen setia macam kami nih yang buat salah dengan jadikan ruangan komen tu sebagai tempat lepaskan rasa menyampah meluat tak suka dan benci..
    :)

    BalasPadam
  17. @hidayah tak dapat dinafikan .. Dalam artikal berbentuk keagamaan pon , mereka tetap lepaskan perasaan mereka . Jadi , buat kita yg suka membaca , kena bijak berfikir sebelum berkata kata ..

    Terima kasih hidayah kerana mengingatkan..

    BalasPadam
  18. dia nie idok ler femes mane pon! saje le nak buat kontroversi murahan! please la yek...muak ngan statement ngada2 dia tu!

    BalasPadam