MALAYSIA !

by - Isnin, Mei 28, 2012

 

 

Aku dilahirkan di Kuala Lumpur . Mak ayah aku kelahiran Pulau Pinang .. Walaupun moyang aku bukan asal usul Malaysia , tapi aku tetap warganegara Malaysia , berbangsa Melayu dan beragama Islam .

Secara automatiknya , aku ada suara dalam negara ni selain dari boleh mengundi bila tiba masanya ! Itu hak aku ..

Dulu , orang cam aku ni , teringin benar nak bersuara tapi tak tau kat mana .. Ada yang suka gunakan media masa untuk bersuara seperti hantar surat , email dan sebagainya.

Sekarang ni , dah ada medium yang lebih pantas .. Laman sosial seperti Facebook , Twitter , blog menjadi pilihan .

Maka , bolehlah aku menyuarakan pendapat aku ni lebih lebih lagi bila nak kritik mereka yang memerintah .. Tak kira kerajaan atau pembangkang .. Asal aku rasa tak betul , aku kritik ..

Kritik bukan tanda aku benci atau mencari salah sebaliknya nak memberitahu pada mereka sesunguhnya , RAKYAT SEDANG MEMERHATI ANDA dan RAKYAT TAK BUTA ..

Masing masing ada cara tersendiri untuk bersuara dan aku putuskan blog , Twitter dan Facebook adalah medium aku untuk bersuara ..

Aku sayangkan negara aku , Malaysia .. Sebab itu aku bersuara .. Takde kene mengena aku pro pembangkang atau kerajaan .. Rakyat bagi kuasa , rakyat juga berhak bersuara !

You May Also Like

12 comments

  1. malaysia tanah airku jua abang ben! :)

    BalasPadam
  2. assalam, betul tu Ben...ini le yang dikatakan negara demokrasi..kerajaan oleh rakyat untuk rakyat...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum en.ben...Malaysia tetap tanah air kita semua...:)

    BalasPadam
  4. 100% setuju.. aku anak malaysia dan aku bangga menjadi anak malaysia.. :)

    BalasPadam
  5. setuju sangat bro ben.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  6. Rakyat bagi kuasa, rakyat juga berhak bersuara! <--- setuju..

    BalasPadam
  7. Cintakan tanah air biar lebih dari cintakan parti...hiksss...

    BalasPadam
  8. betul tu. walaupun Malaysia tidaklah terlalu bebas bersuara seperti US, tapi kita juga berhak menyuarakan pandangan.

    BalasPadam
  9. kita bersuara bukan tanda protes...tapi tolong jadi BREK!

    Saya suka baca cerita Sultan Muhammad Al fateh!

    Kalau kita punya pemimpin begitu...selamat kita dunia akhirat :) Hidup kita bukan nak menongkat dunia

    BalasPadam