Putus asa dengan blogging !

by - Jumaat, Mei 18, 2012

 

kenkadang saya rasa sangat putus asa bila dapat komen yang negatif tau.rasa malas nak blogging lagi. rasa nak putus asa. setiap kali rasa lemah tu datang, saya mesti blogwalking ..cari dan baca apa yang ada kat blogger yang hebat-hebat .. entry diorang biasa..lebih kurang je dengan apa yang saya tulis. tahap kecewa terlebih tu kenkadang saya rasa ada entry saya yang lebih best dari diorang. ok. yang ini memang nak sedapkan hati sendiri. :)

antara blog yang saya akan terjah blog en.ben nih lah. sebab en.ben byk cerita tentang pengalaman benar kan? sekarang en.ben dah berjaya. dah rasa kemanisan nya kan? setiap kali semangat saya hilang, entry-entry macam nih la yang beri sokongan ..walaupun secara tak langsung.. kenkadang saya tak log in blog pun. saya google je.. baca enrty en.ben nih buat saya rasa tercabar. in a positive way lah. saya rasa nak sangat-sangat
kalahkan folowers en.ben tu.

:) sekian.terima kasih. “

Sebenarnya kan , apa yang kawan kita rasa ni mmg majoriti blogger akan rasa .. Setahu aku la .. Kenapa boleh jadi gini ? Puncanya ialah , kenapa orang tak nak baca blog kita ??? Padahal entri kita tu lagi menarik , berinfomasi dan kekadang lebih bagus dari blog blog yang lagi popular !  Bila pikirkan gitu , maka putus asa !

Persoalan yang patut dijawab oleh blogger tu sendiri ialah .. KENAPA KITA BUAT BLOG ? Kita buat , untuk orang baca atau kita buat kerana suka suka ? Jawapan tu , korang patut tau sendiri .. Dan setiap jawapan punya stategi yang berlainan untuk menarik orang masuk membacanya .

Macam aku kata ari tu .. er , dalam ENTRI SAMPAH tu .. pembaca bukan nak baca sangat artikal yang macam tesis PHD .. tapi majoriti nak entri yang rileks ,santai namun ‘berisi’ ..

Apa yang patut para blogger buat  ialah , SAMPAIKAN apa saja yang korang lalui  , alami, rasai dengan kejujuran dan ikhlas .. Hari ni , takkan ada orang baca , tapi kita fikirkan esok lusa ..

Macam aku buat , aku menulis .. bukan untuk hari ini .. tapi aku tau , esok lusa mereka akan mencarinya ..

Menewaskan blogger lain , bukanlah cita cita aku sedangkan dulu aku berfikiran begitu .. Aku sedar , apa yang patut aku buat sekarang ialah SAMPAIKAN seberapa banyak info dan pengalaman hidup buat rakan rakan pembaca ..

Bab $$ , adalah bonus .. Sapa rajin , dia dapat lebih ..

You May Also Like

17 comments

  1. Thanks Ben..entry yg sangat memberi semangat untuk sy terus berblog :)

    BalasPadam
  2. selalu je rasa macamtu encik BEN.. tapi nak buat cmni.. rahsia kejayaan memang boleh dikongsi. tetapi setiap individu mempunyai approach yang berbeza kan?

    BalasPadam
  3. saya suka entry yg ini.. thks tambah semangat nak post entry lg byk2

    BalasPadam
  4. putus asa... then, dtg blik smngat..hihik...

    BalasPadam
  5. terima kasih. ckj sebenarnya banyak ambil dan ikut tips yang ben bagi.. alhamdulillah la.. berjaya tips tu.
    terima kasih ya.. :)

    memang betul tu kita kena betulkan balik niat kita sebelum blogging... :)

    BalasPadam
  6. betul tu bro ben. saya sokong sangat. bila entry tak ada orang baca, tak bermakna takkan ada orang baca selama-lamanya. Kadang-kadang entry saya yang setahun lepas masih lagi berada di popular post sebelah side bar saya selama berbulan-bulan. entah nape tapi ada juga baca entry tersebut. Masa saya buat entry tu, saya buat setakat saya tahu dan mengikut pengalaman. yang penting, niat blogging dan cara kita sampaikan.

    Saya pun suka baca blog yang santai je. tak perlu bahasa bombastik dan so on. cuma apa yang nak disampaikan itu sampai. kita buka penulis akhbar yang kena tulis bahasa melayu baku. kita blogger. blogger ada kelebihannya sendiri. kelebihan kita ada cara kita menulis tak perlu terlalu formal, tapi santai dan berisi.

    Sori terpanjang plak. Hehehe.

    From,

    Nasz

    http://www.mohdnaser.com

    BalasPadam
  7. samalah..saya berblog untuk suka2..ada org baca atau tidak belakang kira..paling penting ikhlas.

    BalasPadam
  8. setuju abg ben ...blog kita wajah kita ...

    BalasPadam
  9. en ben.. apa pendapat en ben bila kita guna kata ganti diri "aku" dlm entri?

    2. saya pernah guna bhs mcm bhs basahan.. tetiba kena lah komen negatif dr blogger tertentu.
    siap ada yg buat entri lg yg mcm ckp, bakal pendidik yg tak pandai guna bhs. agak terasa.
    skrg liza byk guna kata ganti nama liza sendiri. but not so best lah kan... huuuuuu

    BalasPadam
  10. Sape rajin dapat lebih...hik3~~
    kejujuran berblog..wah gitu :) i like~~

    BalasPadam
  11. Yang penting jangan putus asa, dan mesti bijak memperkenalkan blog kita pada blogger lain, satu lagi, gunakan apa kelebihan yang kita ada. Berinformasi pada kita, tak semestinya berinformasi pada orang lain. Dan bukan semua pembaca suka entri yang "formal" dan nampak sebijik macam tulisan akhbar..

    BalasPadam
  12. memang amik masa yang lama untuk orang kenal blog dan seterusnya menjadi pengikut setia blog kita.. bila dapat komen yang kurang baik jadikan sebagai pengalaman untuk lebih kuat lagi.. jangan cepat putus asa.. setiap orang punya kelebihan tersendiri.. ;)

    BalasPadam
  13. @Mat Gebu
    mcm cik mat gebu la..gunekan kerahan tenaga dalam masakan dan share..kan bermanfaat kan?hehe..

    BalasPadam
  14. Rasa putus asa bila terima komen negatif. Dari segi trafik atau $$ tu boleh terima kena bawak bersabar.

    Nway..thanks En.Ben sudi jwb pjg lebar cam gini dan inspired so many people as always.

    :)

    Untung qhaliff..

    BalasPadam
  15. pasal $$ saya kalah.. tak reti langsung nak promot.. hahaha

    BalasPadam