Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 5 Mac 2013

Jaga anak elok-elok !!

 

Gi pasar malam Putrajaya tadi ngan famili aku .. Opkos la wife dan Qhaliff , kan kan ! Heeeheee .. Aku dukung Qhaliff yang dah 11.8kg tu … Fuhhhhh … Terasa belikat aku weh ! Sesekali rasa cam kejang otot .. terus kasi kat wife .. Tukar jap … Huhu ..

Ramai orang kat pasar malam ..  Wife nak beli ikan untuk stok seminggu ..  Wife gi beli , aku ngan Qhaliff tunggu satu sudut .. Lenguh , aku menyangkung dan Qhaliff duduk atas peha aku. Wife tengok dari jauh sambil mulut dia dimuncungkan ke arah seseorang !

Oh , sebelah aku .. Seorang makcik dengan cucunya dalam stroller . Waahh .. bestnya .. Hehehe .. Aku pandang cucunya . Alahai , comelnyaaa .. Lebih kurang sama besar Qhaliff .. Dok gelak gelak gitu sambil bermain dengan neneknya .

Aku pikiaq masak masak ni ..

 

“ Nak tegur ke tak eh ? Nak ke tak eh ? “. Bisik hati aku ..

 

Dan aku buat keputusan …

“ Berapa dah usia cucu makcik ni ? “. Tanya aku ..

 

“ 11 bulan , 9 hari .. “ . Jawabnya tersenyum ..

 

“ Oooh .. Sama la ngan anak saya ni .. Baru masuk 11 bulan .. “ . Aku ajak berbual lagi ..

 

“ Tapi cucu makcik ni lain skit .. Dia nampak je membesar tapi .. “ .Dia tersekat kat situ ..

 

Aku diam . Tak nak menyampuk . Kasi dia sambung sendiri ..

 

Dan dia mula bercerita . Katanya cucunya tu pernah jatuh  pada usia 3 bulan lebih . Yang jatuhkan tu adalah pengasuhnya . 4 hari koma dalam hospital. Dah guna alat bantuan pernafasan katanya .

Menurutnya lagi , bayi tu mengalami pendarahan yang teruk .  Aku nak cerita balik kat korang pun kena hati hati takut tersalah fakta sbb aku tak catit perbualan tu .

Seingat aku , katanya bayi tu terselamat sbb dia diberi susu badan dan disebabkan itu antibodinya kuat untuk melawan kuman . Kalau tak .. hurmm.. 50-50 dah katanya .

Menurut makcik tu , mereka dah buat laporan polis dan nak amik tindakan menyaman tapi menurutnya setelah dinasihatkan seseorang , menyaman pon tak guna sebab takkan menang ! Kenapa dan mengapa , sukar kerana tiada bukti kukuh yang kecederaan tu berpunca dari pengasuhnya . Kalau ada video , confirm la .. Ni takat cakap mulut jer .. Susah katanya ..

Aku pandang baby tu. Comelnya dia.. Hensem ! Badan montel .. Rambut lebat .. Nampak ok jer pada pandangan aku . Tapi menurut neneknya tu  , baby tu agak lewat skit .. Skang ni baru nak meniarap sedangkan baby seusianya dah ada yang berjalan atau paling tidak pun merangkak ..

Aku mampu tersenyum jer. Katanya sekarang dialah yang jaga cucu dia tu. Tak percaya dah kat sapa sapa untuk jaga.. Aku amat memahami perasaan tu dan bersyukur sangat Qhaliff , aku jaga sendiri ..

 

“InshaAllah makcik , dia akan membesar dengan sihat macam baby baby lain ..” .. Kata aku padanya. Tawar je senyumannya.

 

Wife sampai. Dan dia ulang cerita pada wife lak sementara tunggu anaknya selesai beli barang.. Kemudian , aku dan wife minta diri. Sejuta pengajaran untuk aku dan wife ..

Jaga anak elok elok !

11 komen :

maria firdz berkata... [Reply to comment]

Alahai... Sebak baca kisah mak cik tu.. Mmg ssh nk pcy org jga ank sndiri... Sbb tu suami sy wpun pnt rela balik dan amik ank awl dr rumh pngsuh... Bkn x pcy..tpi berhati2 kn.. InshaaAllah Allah akn pelihara bby tu...

Leen berkata... [Reply to comment]

Banyak betul kes2 macam ni skarang. Risau betul kalau dah ada anak nanti, camner la

Salhah Suhot berkata... [Reply to comment]

makin la rasa berat hati nak kerja

Eraz Fadli berkata... [Reply to comment]

Pengajaran untuk semua..

Ibu Lala berkata... [Reply to comment]

Untung la kalau leh jaga anak sendiri. Susah kalau hantar anak org jaga ni. Tak tau dia buat apa kat anak kita.

THE LEKAT LEKIT STORY berkata... [Reply to comment]

tu la kan.. bukan kata semua pengasuh tu jaga tak elok tapi dr pengalaman tgk dgn mata sendiri, kt kg saya dulu org tu amik upah jaga anak orang.. tp di biar je budak tu main kat luar, dengan comot, pampers sampai berat tak bertukar tp dekat2 time mak bapak budak tu nak dtg amik.. amboi semerbak bau bedak, wangi comel bersih. bersyukur la kita yg mampu jaga anak sendiri walau surirumah mcm sy takde pendapatan sendiri.. nak berboros tak tentu pasal tu kena tgk budget jugak tp itu lbh baik sebab boleh jaga & asuh anak sendiri

Afiq berkata... [Reply to comment]

kesian nya.....

Lina md. munir berkata... [Reply to comment]

Kesilapan kecil kadang buat kita menyesal berpanjangan.

therylisa nurul ain berkata... [Reply to comment]

Kesiannya :(

deno berkata... [Reply to comment]

kesiann pula... tu la kan... susah nak percaya pengasuh...

Ibu Amirul berkata... [Reply to comment]

Beruntunglah kalo dapat jaga anak sendiri 24 jam... huhuhu

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI