Bila kelkatu serang rumah aku !

by - Ahad, Mac 24, 2013

 

Serius , tak pernah berlaku pon sejak aku pindah ke rumah ni .. Dan semalam , kali pertama berlaku .. Pelik gak.. Hujan , tidak la pulak .. Kalau nak kata sbb aku pasang lampu , selama ni pon aku pasang lampu ..

Jumlah yang aku sapu bangkai kelkatu tu amatlah banyak .. Aku pun ngeri gak tengok bangkai bangkai tu haa.. Apa hal lak diorang bunuh diri di depan rumah aku ni .. Hurmmm ..

Aku google dan cari puncanya ..

Gambar dari Google .. Tapi macam ni la ‘ramainya’ kelkatu di depan rumah aku tu.. Aku nak amik gambar pun rasa segan kat bangkai bangkai tu .. hehehe ..

Info yang aku jumpa di blog ANIMHOSNAN ..

 

“ Apabila kelkatu terbang dan sampai disatu lokasi maka kepak kelkatu akan gugur dan bertaburan diatas lantai. Di waktu pagi kita akan lihat beberapa ekor anai-anai sahaja yang berkeliaran tetapi yang berpuloh atau beratus-ratus yang lain dimana?.

Pastinya telah mendapat pasangan jantan atau betina dan bersembunyi dicelah-celah rumah untuk membina koloni baru. Sebahagian besar pula selalunya di makan cicak...kenduri besarlah cicak dan pemangsa lain jika ada kelkatu yang datang berkunjung.

Pasangan kelkatu tadi akan mencari kawasan sesuai dan akan mengawan serta anai-anai betina akan bertelur dan membesar sehingga menjadi satu koloni anai-anai ditempat baru. Walau pun peluang hidup 'survival rate' kelkatu yang terbang sangat rendah tetapi jika satu pasangan anai-anai tadi dapat hidup membina koloni maka...jahanamlah atau terancamlah harta kita. “.

 

Patutlah bersepah je kepak.. Tapi di mana ‘mereka’ ???? Huwaaaaa .. Umah aku perabot kayu takde la ada banyak sangat .. Apakah mereka akan attack konsol tv aku tu ? Oh , tidak !!

JANNGGGGGGGGGGGGGGGGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANNNNN !!!

You May Also Like

7 comments

  1. Last diserang kelkatu masa zaman tinggal di kampung, rumah kayu.Tak suka bau dia sebab busuk!

    BalasPadam
  2. zaman kecik2 dulu suka hambat kelkatu ni...cari yg besar2 buat umpan memancing kat sawah.

    BalasPadam
  3. my mom cakap kalau ada kelkatu, esoknya mesti banyak cendawan baru tumbuh. tp tu kalau dekat kmpung la. kalau dekat bandar cari cendawan di pasar je la. hihi

    BalasPadam
  4. senang saje nk halau kelakatu ni abg ben. tutup semua lampu rumah, tapi cuma buka satu saje lampu supaya kelakatu tu tertumpu kwasan tu. lepas tu ambik besen dan isi air dalam besen tu. letak besen yang diisi air tadi diatas lantai dan juga sederet dgn bawah lampu. insya-Allah nt kelakatu tu akan jatuh dalam besen tu dan kelakatu hilang la :)

    BalasPadam
  5. Penat esok nye nk bersihkan rumah lps d serang.. selalu kena kt umah ma abah...

    BalasPadam
  6. Jangan risau
    Guna je spray reset halakan kat udara nanti lama lama hilang atau letak lilin di bawah

    BalasPadam