Tiada DISNEY untuk anak aku lagi ! Part 2

by - Selasa, Julai 29, 2014

 

Entri pertama aku  Tiada lagi DISNEY untuk anak anak aku ! , ada yang sokong .. ada yg gelak ! Hahahah.. Tak pe.. Dulu aku pun gelak ! Hinggalah kejadian 9/11 , aku buka mata ! Satu demi satu konsiprasi didedahkan secara tidak kita sedari melalui hiburan samada filem ataupun lagu !

Satu demi satu aku baca dan tonton di youtube temasuklah konspirasi kematian Micheal Jackson yang dikaitkan dengan pertubuhan Dajjal tu ! Wallahualam..

Benar atau tidak , sekurangnya aku kena alert dari sekarang ! Bukan apa .. kita mungkin anggap kartun ni , menda kecik jer .. Ala , budak budak je la yang tengok ! Tapi kita terlupa , budak budak ni akan membesar dan menjadi bapak budak ! Apakah mereka lupa apa yang mereka tonton ? Aku tak lupa kartun kartun yang aku tonton setiap jam 5 petang setiap hari ! Wajib !! Macam macam kartun ada ..

Apakah aku terpengaruh dengan kartun kartun tu ? Yaa.. sedikit sebanyak , memang aku terpengaruh hingga sanggup tempah tiket wayang dan menonton seorang diri di tengah malam , asalkan dapat jadi antara mereka yang pertama menonton filem di panggung ! Tak ada apa dapat menahan aku dah ketika tu ! Seolah dipukau ! Nak percaya atau tidak , suka hati !

Qhaliff .. sekarang dok sibuk bergasak dengan sepupu dia.. ULTRAMAN ! Haihhh.. Upin Ipin ? Dia tak minat tengok. Ada yang kata Upin Ipin pon tak sesuai untuk anak anak kecik ..

Berbalik pada kartun Disney .. komen mereka yang menolak mentah mentah tu , aku cuma mampu senyum je la.. Malas nak berbahas. Beli buku tu , baca dan pahamkan.. Sesungguhnya  bukan kartun Disney je kita perlu amik tau .. Filem dan drama bersiri tv pon byk dah mengarut dan mempengaruhi minda kita secara tidak disedari ! Mungkin kita kata kita boleh mengawalnya tapi bagi aku… sebenarnya kita dah pon terpengaruh ! Kalau kita tau cerita tu merepek , awal awal lagi kita dah tutup atau ubah channel tapi sebaliknya , kita terus melayan.. Terpengaruh dah tu kan ?

Antara yg tersembunyi dan kita tak sedari .. Apakah ianya satu kebetulan ?

Kebetulan ? Ok camana dengan yang bawah ni lak ..

Pon kebetulan ? Ok.. ni lak ?

Ada banyak lagi contoh dalam buku tu.. Korang beli dan kaji sendiri ! Tak perlu nak gelakkan aku selagi belum buat kajian tersendiri.. Kalau rasa menda ni mengarut , tak per la.. Teruskan laa.. Aku tak rugi apa apa pun.. Hehehe ..

Tak perlu nak maki aku.. Fikir selagi boleh berfikir.. Apakah perlu kita terus hadam apa jua yang disogokkan pada kita ? Sampai bila ? Apakah nak dibiarkan anak anak kita juga jadi mangsa mereka ? Kita sendiri dah jadi mangsa ..

Kita dah dijanjikan Syurga dan Neraka oleh Allah  .. Tu pon kalau kita percaya la.. Dan pastinya syaitan akan berusaha menyesatkan kita .. Apa pun cara , 'tenteranya’ akan lakukan apa saja selagi belum tiba hari Kiamat !

Hurm…  Aku bukan pakar agama .. Bukan pengkaji tapi lama dah aku memikirkan perkara ni setiap kali aku tonton drama , filem dari barat ..  Terbaru , cerita SUPERNATURAL ! Pergh.. makin mengarut !

Komen seorang rakan di Facebook ..

best bro... actually aku dah lama dah study benda ni... mmg betul pun.. ada satu terms dalam psychology yang dinamakan sebagai mind mapping dan future programming. Ia boleh mendorong otak kita untuk setuju dan benci ke atas apa yang disogokkan kepada kita.. yang bestnya.. tanpa kita sedar! cuba check kat youtube bro.. berlambak... “.

Jangan lupa baca ulasan aku sebelum ni .. ‘ Mencari yang tersembunyi ! ‘

Tak perlu nak marah aku atau melenting.. Rasa sesuai utk korang , silakan .. Bukan aku yang bayar bil ASTRO korang tu ..

You May Also Like

4 comments

  1. Kalau da suka mmg ada je alasan nk pertahankan . Kartun , drama , filem melayu sama je mcam tu ? . Yg buruk jgnlah diikut . Kalau asyik nk cari persamaan , mmg mata hati tk nmpak apa yg tk elok . Sbab tu kena belajar baca buku2 mcam ni .

    * sakit hati baca komen dkat part 1 . Boleh pulak ckp menipu sbab nk views .

    BalasPadam
  2. Takpe la abg ben.. mungkin orang akan gelak, akan cakap kolot, ade yg tuduh sempit akal bila kita alert dengan benda2 ni.. biasa la tu, jarum dakyah penyembah dajjal ni sgt halus sampai manusia sendiri tak sedar yg dia sebenarnya hidup dalam sistem yg dirancang dan diperkenal oleh mereka..sampai satu masa nanti manusia akan pertahankan sendiri sistem itu bila dikritik oleh manusia yg berfikir.. waktu tu dajjal dan pengikutnya senyum ja sebab tak payah buat apa2.. kerja dia dah di take over oleh manusia sendiri..
    Akhir zaman bang akhir zaman..
    Aku yakin ade yg gelak baca ni. Biarkan. Aku tak rugi ape pun.

    BalasPadam
  3. Buku ni tajuk apa? Ada jual d kedai tak?

    BalasPadam
  4. Yer buku nie tajuk pe yea? Sbb anak2 sy suka sgguh disney channel nie

    www.ourlovebonding.com

    BalasPadam