Bila anak ku bertantrum..

3 orang anak aku. 3 kali pengalaman yang berbeza. Pertama , si sulung tanpa adik. Kedua , anak no dua ada abang dan ketiga , adik yang punya abang dan kakak. Berbeza beza cara. Bagaimana aku hadapinya ? 

Secara jujurnya, kita sebagai penjaga mereka perlukan mental yang sihat semasa menghadapi situasi begini. Jika ketika tu dalam keadaaan stress, jauhi mereka dan mintak pasangan kita uruskan. Jika tidak , akan ada yang jadi 'mangsa dera'. 

Oh ya... ada yang tak tau. Ok, secara mudahnya ialah suatu keadaan emosional yang biasa dialami oleh anak anak berusia 1 hingga 4 tahun dan ianya terjadi pada anak anak yang belum mampu menggunakan kata kata untuk mengekspresikan rasa frustasi mereka akibat tidak memenuhi keinginan mereka atau sekadar ingin mendapatkan perhatian dari orang tuanya saja. 


Sewaktu Qhaliff dulu... seingat aku dia tak banyak ragam sebab aku selalu tunaikan keinginan dia. Maka bila berada di luar rumah , dia tak banyak karenah. Seingat aku laa... Naik angin sebab dia tu takda tapi disebabkan mungkin ketika tu aku kepenatan fizikal dan mental, hanya sebab kecil..mampu buat aku naik angin. Sebab tu pentingnya pasangan kita dalam keadaan ok.. 

Bila pasangan kita begitu pula , kita pantas amik alih keadaan ! Maka bila anak buat pasal , kita dah bersedia. 


Zahra... lebih matang berbanding Qhaliff dan Aariz. Mudah diuruskan. 


Yearghhh... ni pandai ! Budak nii kecik ni kaki tantrum. Tapi dia belum tunjuk skill guling guling bila berada di tempat orang ramai bila nakkan sesuatu kecuali bila dia dalam kepenatan atau mengantuk , dia akan mula bikin pasal. Suruh la buat apa pun , dia tak kisah ! Siap boleh buang barang ! Nahhh... ni dapat perangai sapa pun tak tau laa !

Apa yang aku buat ? Dukung je terus dan cium dia.. Bergurau kejap ngan dia kasi dia ketawa.. dan dia akan ok !


Tengking , herdik , naik tangan.. jauhkan la ! Masa nak terjadi begitu , cepat cepat istighfar.. dan bertenang. Selalu aku buat ingatan begini pada diri aku... Anak orang lain ada yang 'kurang sihat' tapi parents mereka boleh cool ! Kenapa tidak aku ? 

Memang aku ada gak tinggi suara pada anak anak tapi bagi aku itu perlu untuk tunjukkan yang aku 'bukan main main' memandangkan mereka selalu 'main main'  dengan aku. Tunjukkan sapa yang berkuasa di dalam rumah ni !  Huhuhu.. 

Kalau korang rajin google , ada banyak tips untuk kawal anak anak bertantrum ni. InshaAllah berguna. 

2 ulasan:

  1. Kadang cuba kawal tak nak tinggi suara tu tapi terlepas jugak bila dah marah, haihhh!

    BalasPadam
  2. rasa macam nak menangis pulak macam entri ni..sebab saya selalu tak dapat kawal diri bila anak tengah tantrum.. kena belajar banyak bersabar & tenang diri.. selalu ingatkan diri anak tu amanah Allah SWT.adalah tanggungjawab kita jaga anak sebaik-baiknya, tak kira apa jua keadaan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.