Bila seluar koyak di gym !

by - Khamis, April 19, 2018


Sekarang ni bila di gym , aku akan mulakan senaman dengan layan squat. Tau squat ? Haaa.. tak pe. Aku kasi tau. Gambar di bawah menunjukkan posisi tepat ketika peristiwa berdarah hidung aku ini berlaku. Di luar jangkaan sama sekali !

Biasanya ok je aku buat squat tapi entah kenapa.. mungkin punggung dah pejal dan seksi , maka ketika di posisi gitu , seluar yang aku pakai tu mengeluarkan satu bunyi yang cukup nyaring. Apakah satu gym mendengarnya ? Hahahaha.. aku teringat satu babak cerita P.Ramlee ketika mereka mereka berlatih silat... seluar koyak ! Nasib baik ada Ros ada boleh tolong jahitkan ! Hahahaa.. 


Ditambah lagi , aku lak ketika tu tak pakai seluar kecik.. Nah , memang padan ngan muka aku. Oh ya, aku ada sebab tersendiri. Takkan nak cerita kan ?  Ala.. nak tau gak ke ? Aku ni bila kat gym , peluh yang keluar memang cukup banyak. Metabolism tinggi kata orang. Bagus untuk pembakaran lemak.

Pastu apa lagi.. Jalan kepit ke arah beg aku. Hampeehh ! Biasanya aku bawak hoodie tapi entah sejak badan dah sado ni , tak usik dah hoodie. Hahahaa.. Nasib baik ada towel. Kalau takda ? Memang aku guna beg la untuk cover di bahagian belakang aku tu. Awek dah la pulak ramai semalam. Adeh... 

Aku tengok jam. Baru setengah jam aku di gym.  Arghh.. rugi rugi ! Aku teruskan juga bersenam. Cari mesin yang tak perlu gunakan kaki. Maknanya upper body je la aku buat semalam. Huhuh.. Dapat la sejam.


Nahh... aku teruskan bersenam dengan buat gini ! Mesti diorang ingat aku nak cover bontot aku yang cun tu ! Hahahaha.. Ni kalau abam abam gay nampak.. mesti aummm punya la ! Hahahaha.. Hampeehhh !

Selesai workout. Aku dok pikir camana nak redah orang ramai yang sedang bermain badminton di luar tu. Harapnya tak nampak la. Hahaha.. Kalau nampak , boleh mimpi ngeri bertahun tahun lamanya. Huhuhu..




You May Also Like

4 comments

  1. Pengalaman untuk dikenang dan buat senyum sendiri...

    BalasPadam
  2. Hadoiii baca pun ngeri, hahahaaa!

    BalasPadam
  3. Haha tergelak saya baca. Steady oo..org lain mungkin dah balik rumah terus..

    www.iburayyan.com

    BalasPadam