Kenapa aku terlena ketika menonton Avengers : Infiniti War untuk kali kedua ?


Lepas meeting pagi tadi di Q Sentral , aku ada banyak masa lagi sebelum nak ke PNB Perdana Hotel untuk review buffet Ramadan.  Meeting tadi dalam 45 minit jer. Mudah dan ringkas. Pantas dan santai. Cepat jer. 

Teringat yang aku tak sempat abiskan movie Avengers kelmarin, maka aku rasa aku nak tonton buat kali kedua kalinya.. seorang diri ! Biasa dah layan sorang diri ! Check aplikasi GSC. Ok..aku amik show kul 12 tengahari. Pastu beli pop corn dan Sneakers. Feveret aku untuk hilangkan penat atau ngantuk ! Moga tak tidur dalam panggung lagi ! Hahahaa..

Aku masuk 12.05. Citer belum mula lagi. Hehehe... Penonton boleh dikira. Yelah , waktu kerja la katakan. Heheheh... Syok keje sendiri kan ? Huhuhu.. Tak syok ialah kais pagi makan pagi. Hee.. Ada pro n con la gitu. Melainkan bisnes juta juta la... cam Tony Stark giteeew ! Huhu..

Duduk. Port best. Makan sneakers dan layan ice lemon tea ! Yummy. Ok.. citer start dah ! Terus mata aku terkebil kebil ! Jadah apakah ini !!! Apasal automatik ngantuk ??? Aku cuba lawan mata.. aku gagal. Aku terlena dan berharap akan jaga sebelum babak semalam.. yang aku terlepas tu ! 

Yearghh... aku terjaga juga pada babak tu dan berjaya abiskan sehingga selepas kredit ! Ok... aku tau kenapa ! Sememangnya yang ni memang 'mengantukkan' aku sebab banyak dialog ! Segalanya adalah untuk 'akan datang' punya ! Hurmmmm... 

Nak kata aku penat sangat tu , pon ye gak tapi lepas abis je movie tu, aku cerah jer mata ! Takda unsur unsur mengantuk sama sekali pun.

Cerita best ke tak ? Cerita memang best la...Babak lawan pon puashati. Cuma aku kesian kat si Thanos tu jer.. niat dia baik cuma cara je la tak betul.. kan ? Hehehehe

Jom tengok siapa si Thanos ni.. 



4 ulasan:

  1. Babak lawan puas hati kira best la...

    BalasPadam
  2. Babak lawan puas hati kira best la...

    BalasPadam
  3. Bab byk ckp atau byk dialog tu dah tak best. Tp kdg abaikan je. Sebab nak tgk action dorang tu. hehe

    BalasPadam
  4. Alaaa bilalah dapat tengok ni, tunggu keluar kat Astro Best jelah.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.