Muka berjerawat adalah disebabkan kita sendiri.. Malas !

by - Ahad, Jun 24, 2018

Teringat aku ketika remaja dulu. Jerawat dan aku , macam adik beradik kandung ! Setiap minggu memang akan naik la sebijik dua jerawat batu. Pastu aku suka picit ! Preeekkk... pecah ! Kuarlah cecair warna kekuningan dan berbau. Iyeewwww... Dah berparut dah.

Dan teringat kata kata arwah ayah dulu..

" Muka aku ni , tak pernah naik jerawat. Hangpa ni makan memilih sangat. Kena banyak makan sayur-sayuran. Ni nak makan ayam.. ayam.. ayam.. ". 

Kena berleter dah . Arwah memang suka makan sayur dan ikan. Dan sememangnya muka dia bersih dari segala parut jerawat. Akhirnya aku mengamalkan gaya hidup sihat. Tapi tidak mencukupi sebenarnya hanya dengan makan sayur ! Kena jaga pemakanan.. tu yang penting ! Fahami kulit masing masing... Itu yang aku lakukan.

Teringat seorang kawan aku. Dia pun  punya masalah kulit cam aku. Pelbagai produk di pasaran dia cuba. Bila ok , aku pun cuba gak la. Tak kena dengan kulit muka aku. Ada kalanya kering dan mengelupas. Terpaksa tukar ke produk lain.

Akhirnya ada kawan kenalkan aku dengan Cosmoderm. Katanya aku cuma kena rajin cuci muka di pagi hari dan malam ! Dan itulah yang aku lakukan... sehingga sekarang ! Tiap pagi dan tiap kali balik dari gym , aku akan cuci muka. Begitu juga bila aku berjalan jauh seperti ke Kelantan atau ke luar negara.. kena rajin cuci muka ! Sejujurnya , debu dan kotoran akan terlekat di muka kita. Jika dibiarkan , jadi gatal dan mulalah jerawat timbul ! 


Lepas workout... peluh. Kena segera mandi dan cuci muka. Tangan pegang besi besi berkarat.. tak sengaja akan terpegang kulit muka ! Huhuhuh.. gatal woi ! Dia punya gatal tak yah citer la. Memang kalau boleh nak usung pencuci muka je kat gym. Tapi over la pulak gitu kan ? Hahahaa.. 

Balik rumah.. mandi terus. Bersihkan muka dengan pencuci muka Tea Tree Oil dari Cosmoderm. 



Lega. Muka dah bersih.. nak keluar gi mana mana pun terasa 'suci dari kotoran' gitu. Heeee... Barulah muka kelihatan segar dan muda selalu.. Auchhh ! Heee... Best ! Aku ulang balik eh... Pertama , jaga pemakanan. Macam aku , aku selalu elakkan makan kacang goreng dan makanan yang terlalu banyak goreng. Aku banyakkan ulam dan sayur. Bukan sup sayur atau sayur goreng. Heee... Pastu , air putih kena banyak minum. Sebab tu aku suka pergi gym. Banyak minum air putih bila di sana. Kalau di rumah , payah nak minum air putih. Hee..

Dan rajin rajin cuci muka kita tu. Tak kisah la sekadar dengan air putih atau wudhu'  tapi kalau guna pencuci muka pun apa salahnya. Cuma kena pastikan terlebih dahulu apakah produk itu sesuai dengan kulit muka kita. Jika sesuai , setialah dengannya. Jangan suka tukar sana sini produk tu.. Huhuh.. 


Licin gitu ! Hehehehe..

Untuk lebih lanjut , korang boleh tanya sendiri Cosmoderm di  :
Telefon :  1700 815 495 (  Mon - Fri : 10am - 5pm )

Jangan tunggu muka rosak baru nak jaga yer !



You May Also Like

19 comments

  1. Cari produk yang serasi dan jaga pemakanan...betul..kalau masih waswas buat rawatan kadang jerawat ada juga kaitan dengan resdung.

    BalasPadam
  2. pecuci muka faveret gak nih .....nanti ai kongsikan kat blog jugak eh

    BalasPadam
  3. mostly lelaki mmg malas bab-bab nak cuci muka ni.
    bila dh teruk baru nk cari produk ssuai.

    BalasPadam
  4. Part air putih tu yang susah nak amalkan..😬😬

    BalasPadam
  5. Syukur tk de masalah jerawat.. Mgkn sbb suka makan ulam kot.. Heheheh

    BalasPadam
  6. Yanie ada dpt sample tea tree oil ni.sbb ari tu beli produk cosmoderm yg manjakani tu.. Leh try ni, lps raya bny lak naik jerawat huhu

    BalasPadam
  7. pemilihan pencuci muka kena sesuaikan dengan jenis kulit juga. kalau tersalah plih bole jadi jerawat. ehh lisa ni kulit sensitif... huhu.. mmg kalau pergi tempat berhabuk atau udara kotor mesti jadi jewarat kalau tak cuci muka dengan betul ( malas , hehehe ) . geram btulll

    BalasPadam
  8. Selain jaga pemakanan.. produk yg sesuai pun penting jugak..Cosmoderm mmg best..

    BalasPadam
  9. Wahhh... Leh guna ni... Pas raya habis muke jerawat naik..

    BalasPadam
  10. Dah lama muka tak naik jerawat, sekali balik raya naik balik adehhh... Hahahaha

    BalasPadam
  11. betul juga tu. lebih berkesan cuci muka dengan pencuci yang bersesuaian.

    BalasPadam
  12. Cantik luar bermula dr dalaman selain kite kena bijak memilih produk mcm Cosmoderm ni. Best produk ni

    BalasPadam
  13. Nasihat yg bagus. Dah jumpa yg sesuai setia pada yg satu.

    BalasPadam
  14. Betul..Paling basic tu jangan tinggal... cuci muka. Tapi tu laa ada yang tak paham tentang jenis kulit untuk pilihan produk..

    BalasPadam
  15. Aduhhhh.. sensitip betul bila bercerita bab jerawat ni. Saya tertekan perasaan berbelas tahun sampai la ni hanya disebabkan masalah jerawat :(

    BalasPadam
  16. I baru start guna yg ni gak, terasa bersih & best je kulit lepas cuci muka

    BalasPadam
  17. Memang best Cosmoderm ni! Kita suka Vit E tu,kulit muka jadi lembut je. Jerawat pun tak naik.

    BalasPadam
  18. Muka naik jerawat sebab tak jaga makan ikut suka hati je nak makan apa hahaha

    BalasPadam