Yang selalu , kadang-kadang , jarang terjadi di jalan raya !

Alhamdulillah. Sampai dah aku ke kampung halaman wife. Kelantan. Yer , tiap tahun beraya di sini. Kenapa ? Sebab puasa dah di KL dan mak aku ada di KL. Nak balik kampung pun , yang ada tanah milik arwah ayah aku yakni di Pulau Pinang. Sebab tu beraya di Kelantan jer. 

Hurm.. sebenarnya , aku gerun nak memandu jauh jauh sejak dua menjak ni. Maksud aku sejak berlaku kemalangan baru baru ni. Kemalangan bukan berpunca dari aku tapi aku dipersalahkan ! Ini yang buat aku fobia nak memandu terutama jauh jauh. Huhuh.. 

Nekad. Berdoa. Moga dipermudahkan dan Allah lindungi aku sekeluarga. Dan yang penting , aku ikut peraturan. Memandu ikut had laju yang dibenarkan. Tak da apa nak dikejarkan. Biar lewat sampai , asalkan sampai ! 



Yang buat aku tension ialah sikap sesetengah pemandu... tak kira la motor atau kereta. Bila tak guna signal kita nak tukar haluan , mereka marah ! Yang ni kerap kita nampak kan ? Yang kadang kadang nampak... bila kita bagi signal , tu diaaaa... lagi laju diorang pandu. Tak kasi kita masuk ! Pulakkkkk ! Terjadi pada aku tadi.. Bila aku kasi signal , kereta di lorong kanan memang jauh laaa. Aku pun tukar lorong. Nak potong lori di hadapan aku je pun. Bukan nak laju terbang ke Kelantan ! 

Terus kereta tak semewah mana pun tu , bagi lampu tinggi berkali kali. Nah , ini memang mendatangkan amarah. Aku buat dek jer... Ko tunggu la aku tukar laluan jap lagi. Seperti yang dijangka.... si pemandu tu siap pandang aku macam nak ajak bertumbuk. Amboiiii.... Sampai gitu sekali dia punya nak laju ! Dan di hadapan tu.. kereta banyak jee ! Bukan jalan lengang pun. Tak paham aku. 

Dan yang jarang berlaku... ada juga berlaku tadi.. signal diberikan , pemandu kereta di lorong kanan beri laluan. Aku angkat tangan tanda terima kasih ! Nah , ini jarang berlaku ! Dan patut kita amalkan. Betul tak ? 

Haa.. satu lagi yang kerap berlaku. Bila ada kemalangan.... confirm jammed ! Semua pakat nak tengok ! Walhal laluan dah dibuka pun. Hurmm... 


2 ulasan:

  1. mmg selalu kene.. hampir2 nak jatuh motor..

    BalasPadam
  2. Yang dok tengok kemalangan tu yang geram, tak pasal² jammed!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.