" Ben , jemput datang ke open house kitorang nanti yer. Ajak wife dan anak anak sekali tau. ". Pinta kawan tu. Aku terkedu. Camana eh ? Nak bawa ke tak ? Seronok dapat jemputan begini. Tapi buat masa ni aku terus set dalam kepala , kena pergi sorang je . Bawak satu keluarga? Hurmm... Belum boleh lagi kot.
Zaman ni, bila ada isu , 'viralkan jer' adalah jalan termudah atas alasan untuk ' mengajar dan mendidik' insan insan tertentu..kononnya ! Atas sebab itulah , aku kena pikir panjang untuk bawa anak anak gi beraya rumah orang. Bagi yang tau , aku kan ada 3 orang anak. Semua kecik kecik lagi. Masing masing dengan ragam tersendiri. Aku tak nak diorang jadi 'bahan bawangan' tetamu lain atau jadi mangsa kepada amarah aku. Kalau diorang boleh jawab , mesti diorang jawab...
" Kitorang mana tau ? Sapa suruh bawak kitorang ? ". Kan ? Diorang bukan nak sangat gi beraya umah orang.. melainkan kat sana ada taman permainan. Kat sana kang mak bapak beria berborak sambil jeling anak anak. Yang anak anak ni nak buat apa ? Duduk sopan sambil membawan dengan rakan rakan yang baru kenal seminit yang lepas ? Mana bisa kan ?
Akhirnya... aku je la gi penuhi jemputan. Zaman sekarang ni , barangan di dalam umah mahal mahal. Aku lak , suri rumah jer. Kang kalau 'opss .. terpecah', berpeluh ketiak nak bayar balik. Takkan nak mintak maaf gitu je kan ? Huhuhuh....
Dan biasanya , parents dipersalahkan kerana tak jaga anak anak atau didik anak adab beraya di rumah orang ! Haih... cakap senang laa. Terutama yang takda anak lagi. Tunggu la ada anak ramai.. dan takda bibik ! Tau la camana. Jangan sembang kencang. Dan yang nak buat open house tu , sila la bagitau .. Jangan bawa anak kecil sebab barangan di rumah ni , mahal mahal. Pecah , sila bayar ganti rugi ! .
Tak pergi pon tak pe la... Kalau dikatakan kera sumbang pun tak pe la. Redha jer. Aku dah ada dua pengalaman 'berkejar ke hospital' dan tak nak ianya berulang lagi !