Berhati hatilah wahai pengguna media sosial.

Gatal kepala...  





Nak mengeluh pun , takda manfaat. Hanya mampu menutup mata dan berdoa pada Allah. Sebaik baik tempat mengadu , kan ? Mengadu pada manusia , diorang mampu dengar jer. Pastu .. " Owhhh.. Kesian. Semoga dipermudahkan segala urusan awak yer.. ". Tapi tu ok la kan ? Sekurangnya mereka berdoa untuk kita. Kalau jenis amik kesempatan ? Tak ke lagi naya ?? 

Kelmarin , aku ada terima satu whatsapp yang membuatkan aku rasa nak bersara dari dunia media sosial ni.  Kecewa dan hampa. Kenapa masih lagi berlaku kes kes penipuan dan tertipu ni. Semudah itu tertipu. Dan jadi kes polis pon. Yang tak syoknya, melibatkan  aku ! Guna gambar aku untuk menipu orang . Haramjadah punya manusia ! Nak menipu pun , guna la gambar penipu. Muka suci aku gak la jadi mangsa. Tak pasal pasal jadi kes polis. 

" Assalamualaikum..En Ben Ashaari...

Nama sy Yana. Maaf sy menganggu malam2...sy tak tahu nak mula dari mana...sy cube ceritakan seringkas yg mungkin...

Sy berkenalan dgn seorang hamba Allah melalui skim pembelian rumah pada tahun 2015. Die mmperkenalkan dirinya Dato Khairul Nizam bin Datuk Ramli. 

Skim rumah yg die perkenalkan ni agak menarik bilamana kami menerima surat tawaran yg sah dr pihak pemaju utk pembelian rumah dan kmudian mnjadikan rumah kami ni sebagai homestay di bawah satu perbadanan.

Sy telah melaburkan sejumlah wang yg banyak dan pada masa yg sama jugak sy mengajak kawan2 sy serta saudara mara sy utk ikut amik rumah tersebut. Dan sy kata pade mereka, gamble je lah. Kalau korang percaya..korang amiklah. Kalau xpercaya..xpayah amik.

Hubungan sy dengan dato ni semakin rapat bilamana sy dipertanggungjawab utk membuat rekod kumpulan permohon rumah ini . Boleh dikatakn setiap hari dia akan mnghubungi sy.

Hidup sy dah dh mcm dulu lagi. Semakin sibuk apabila terpaksa buat kerja2 dato ni. Kalau silap sikit..sy kena marah. Tapi jauh disudut hati sy..sy kagum sbb bagi sy die adalah seorang yg komited dgn kerjanya. Mungkin sy ada masalah dgn suami yg tidak komit utk bekrja pada masa itu.

Hubungan sy dgn suami pun semakin bermasalah sejak kehadiran dato ni. Die melaga2kan kami sehingga kami bercerai. Sy anggap itu adalah suratan pada masa itu.

Selepas sy bercerai..die mula mnghubungi keluarga sy...utk perancangan masa hadapan yg lain...kami boleh dikatakan bercinta jugaklah. Tapi sekadar bercakap telefon tanpa berjumpa.

Jujur sy katakan..sy tidak pernah berjumpa dgn dato ni. Saya hanya percaya kepada beberapa gambar yg die berikan kepada sy. TErmasuklah gambar keluarganya.

Pernah ade ahli keluarganga bercakap dgn sy utk mnguatkan kepercayaan saya dan pada masa yg sama die masih mnyuruh sy mncari orang lagi utk mmbeli rumah.

Walaupun berat hati..sy masih mencari kawan2 yang nak beli rumah. Hanya kerana dgn niat, mmbantu kawan dan dia sekalilah, katanya nak cukupkan kuota.

Pelbagai alasan die berikan kepada saya bila sy ajak jumpa..... die pasti mengelak. Dan xhabis2 katakan dielah orang di dalam gambar tu.

Sampai satu masa, bila dia berani berjanji dgn keluarga saya utk dtg meminang sy.
Keluarga saya tunggu tarikh yg dijanjikannya..tetapi die tunda tarikh tersebut atas pelbagai alasan dan mmberi tarikh baru...sehinggalah ayah sy mula marah dan x percaya lagi...

Dari situ..sy mula rasa x sedap hati......mcm ade tak kena...

Rupanya die sebenarnya bukanlah orang yg di dalam gambar yg selama 3 tahun ni sy percaya dan yakin.....

Sebelum bulan puasa yg lepas..sy telah dicari oleh pihak polis utk bg keterangan berkenaan dgn transaksi duit ke dalam akaun sy.

Dari situ..sy baru tahu selama 3 tahun sy ditipu oleh penipu yg sebenar namanya adalah KAMARUDIN BIN FARID. Bukan Khairul Nizam.

Modus operandinya :

Mmpergunakan wanita berpotensi utk meraih kepercyaan orang utk semua projek yang dia bawa antaranya

1. Prima - kuota vvip 
2. Pkns - mnjanjikan pemilikan rumah utk disewakan dgn konsep homestay
3. Pendaftaran syarikat - mnjanjikan projek bernilai lebih dr 3 juta sekiranya pemprosesan syarikat dan kewangan melaluinya
4. Imigresen - utk pekrja warga asing tiada passport
5. Pendaftaran syarikat Dobi

Semua projek trsebut ada bayaran yg tersendiri. Surat menyurat kebanyakannya adalah sah. Tetapi..die buat kerja separuh jalan...

Separuh transaksi duit2 orang2 ni melalui akaun saya. Dan kemudian sy akan transfer ke akaun lain pula atas arahan si penipu ni.

Rupanya die mmg dah well planned..mmg die kambing hitamkan sy.

Dia berjaya hancurkan keluarga sy....hidup sy....dgn segala tipu helah die selama ni...paling sy sedih bila die gunakan anak saya utk die raih percaya dan yakin sy yg die tu wujud seperti mana dalam gambar tu. Die berlakon jadi lebih baik dr bekas suami sy. Die kononnya beri duit belanja pada anak sy utk ambik hati sy. Rupanya die setan.

Buat pengetahuan en Ben, sy dah buat report polis dan kes sy dirujuk ke majistret.

InsyaaAllah dlm bulan july ni..sy akan naik mahkamah utk beri kenyataan....

Kenapa sy bagitahu en Ben semua ni...adalah kerana gambar yg diberikan oleh penipu utk meyakinkan saya dan semua adalah gambar En Ben...

Puas sy cari pemilik gambar ni siapa sbb sy yakin pada masa tu, pemilik gambar ni adalah orang yang sy berurusan.

Tidakla pulak sy tahu En Ben adalah blogger terkenal. Dan sy dh ditakdirkan utk kene tipu kow2 punye dr penipu ni...bukan ditakdirkan tapi sy yang bodoh percaya sbbkan jatuh cinta pada entah sapa2.

Sy baru mengenali En Ben dlm minggu lepas bila salah seorang mangsa pembelian rumah ni google nama BEN ASHAARI.

Terkedu kami semua..

Sy berharap sgt, semoga wanita lain x akan terkena seperti mana sy kena.....sangat2 sy terduduk .. kerugian yg kumpulan sy tanggung adalah hampir 1 juta...... sekiranya kawan2 sy menuduh sy bersubahat, sy yg akan masuk lokap dulu. Tu kata polis pada sy.

sy dikejar oleh warga asing yg telah laburkan duitnya utk dptkan permit. Sy terpaksa cari duit utk byr balik sikit2 kepada dorang.....

Sy tak tahu nk gambarkan perasaan sy pada ketika ini...cuma sy mngharapkan agar En Ben boleh doakan sy dan kumpulan sy dipermudahkan segala urusan...

Terima kasih En Ben... "

Bukan kali pertama aku dimesej gitu. Ada beberapa lagi. Yang mesej di Facebook dan bagitau hal yang sama. Hurm... Banyak sangat aplikasi yang guna gambar aku. Penat kepala otak aku ni nak layan masalah gini. 

Tu satu kes. Ada lagi beberapa kes yang buatkan aku rasa cam... 'hampeh tu laa' ! Haa.. gitu la perasaan aku. Masing masing nak lepaskan diri sendiri dengan menuding jari ke arah orang lain. Geram pun ada . Tapi sabar je la. Tu je yang termampu aku buat.

Korang pun.. hati hati la yer. Jangan mudah ' tegoda'.


17 ulasan:

  1. Bahaya betul sekarang ni. mcm2 cara penipu..

    BalasPadam
  2. Allahuakbar..kenapalah sanggup menipu..

    BalasPadam
  3. Bahayanyaa, tergoda satu hal, jenayah juga jadinya kalau kita selalu letak gambar sendiri ek..adeii takutt pulak aku...

    BalasPadam
  4. tp aben sgt tenang.. moga dpermudahkan

    BalasPadam
  5. kesiannya dia.. semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga si penipu menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan

    BalasPadam
  6. Harap penipu tersebut berjaya di tangkap #pdrm

    BalasPadam
  7. fuhh cinta itu buta..adohaii..

    BalasPadam
  8. Alamak.bahayanya sampai buat gambar Aben untuk kes penipuan besar macam ni.. Menakutkann laaaa...

    BalasPadam
  9. sy cdgkan en ben pn report polis jgk utk semue kes yg pki gmbr en ben.

    BalasPadam
  10. kena watermark semua gambar lepas ni. Moga di permudahkan urusan ye

    BalasPadam
  11. OMG...kesiannya perempuan tu. Bahaya ni.

    BalasPadam
  12. Kesian sungguh perumpuan tue.. Skrg gambr kene de watermark bg mengelak diambil utk tujuan xsepatutnya..harap perempuan tabah menghandapi dugaan yg dtimpa.

    BalasPadam
  13. Kesian sungguh perumpuan tue.. Skrg gambr kene de watermark bg mengelak diambil utk tujuan xsepatutnya..harap perempuan tabah menghandapi dugaan yg dtimpa.

    BalasPadam
  14. AllahuAkbar.. kasihan sungguh wanita tu. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusannya untuk selesaikan segala masalah..

    BalasPadam
  15. Ya Allah semoga kita semua blogger kecil2lan terpelihara dari penipuan sebegini.Terima kasih infor ini

    BalasPadam
  16. Macam² cara orang nak menipu kan, kita kena lebih alert dan berhati².

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.