Dah boleh tambah dah !

by - Selasa, Julai 17, 2018

Tak nak tidur dalam buaian dah dia sekarang ni. Tak muat. Kalau letak , berusaha dia nak turun gak. Pastu nak tidur sendiri atau celah ketiak aku atau mak dia. Hurmm.. Sekejap je masa berlalu, kan ? Dia pun nak masuk 2 tahun dah. Teringat Zahra, kakak dia di usia dia dulu. Tau tau mak dia mengandung nombor 3. Huhuhuh... 

Berpeluh gak aku masa tu. Fikir camana nak besarkan 3 orang anak. Kalau aku ada kerja tetap , ok la gak kan ? Tapi kalau ada kerja tetap pun, pening gak nanti. Anak anak nak sekolah. Nak hantar amik diorang. Nak tak nak , salah seorang kena duduk rumah jaga diorang. 



Tahun depan, Zahra lak sekolah. Aku dah daftarkan dia di Taska abang dia sekarang ni. Tak sabar dia nak gi sekolah. Bermakna pasni aku tinggal dengan Aariz je la. Boleh la 'up' sorang lagi kan ? Hehehe.. Kasi adik kat Aariz lak. Tapi.... tapi.. mampukah aku dari sudut kewangan ? 

Bila bicara bab tu... baru baru ni aku terjumpa kawan aku. Anaknya 6 orang. Kecik kecik lagi. Dia punya motivasi untuk besarkan anak anak cukup buat aku rasa malu. Dia tak kisah apa orang nak kata. Asalkan dia buat kerja yang halal dan berkat , dah ! Segala pendapatan untuk besarkan anak anak. Dan anak anak bukanlah merempat pun. Semua ok jer. Dia , suami isteri bekerja keras.Respek tul aku. Dari bisnes online hingga ke meniaga tepi jalan ! 

Nah... apa alasan aku lagi untuk up sorang lagi ??? Huhuh.. 



You May Also Like

6 comments

  1. Betul jugak tu ben! Membara baca entry ben, nak tambah umat juga hahahaha....go ben go!

    BalasPadam
  2. InsyaAllah..ada rezeki untuk anak-anak asal diusahakan...

    BalasPadam
  3. sbnrnya apa pun berlaku mmg dh diaturkan. wlu mcm mna kita merancang tapi Allah nak bg jugak tu dh rezeki. kalau xde ada sebabnya.. apa2 pun tak slh kalau abg ben dh tambah lagi..hehehe

    BalasPadam