Hah ??? Aariz ada ilmu halimunan ke ? - BEN ASHAARI

Hah ??? Aariz ada ilmu halimunan ke ?

Aariz tarik tangan aku. Dia suruh bukak daun pintu. Nak tengok luar la tu kot ? Sian. Nak bawak main luar , sekarang di taman aku ni , wabak denggi berleluasa. Tak berani lak aku. Hurmmm. Kalau tidak , setiap petang aku bawak diorang bermain di taman. Kena hati hati sekarang. 

Aku biarkan dia di muka pintu. Aku ke dapur sekejap untuk amik air minum. Pintu grill , berkunci. Bukan leh percaya sangat kat dia ni. Tau tau leh berada di luar pagar utama nanti. Huhuh.. Pandai dah skang ni. 



Bila aku kembali , aku terkejut ! What ????? Camana dia leh ada kat luar tu ? Aku tengok tingkap. Tertutup rapi ! Aku tengok Zahra dan abang dia , Qhaliff... dok layan tv ! Camana dia leh berada kat luar ???  Kunci dan mangga masih di tempat yang sama ! 

Dan muka Aariz cam penuh bangga jer ! Seolah berkata , HELLLLOOOO.. KORANG BUAT APA DALAM RUMAH TUUUU ? AKU KAT LUAR NIH ! 


Cepat cepat aku bukak mangga dan amik masuk. Dia cool jer ! Huhuhuh.. Aku masih tergaru kepala. Aku pandang grill. Takkan dia keluar ikut celah lubang tu ? Muat ke kepala dia ? Eh.. tak mungkin ! Bahaya tul la budak ni ? Aku mula berfikiran Aariz ni berdarah David Blaine !  Hahahaha.. Banyak tengok tv tul aku ni. 

Tak pe.. aku cuba sekali lagi. Aku nak bukak pintu dan tengok reaksi dia. Moga segala kekusutan aku, terlerai juga... Hahahaha... What ???? Masih tak percaya lagi aku camana dia boleh  berada di luar rumah tanpa buka kunci... Huhuhu.. 

9 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.