Pentingnya ilmu mengenai rawatan air dan kepentingan menjimatkan air !

by - Ahad, Julai 22, 2018

" Abang , kenapa bil air bulan ni RM10 ??? ". Tanya wife. Sesungguhnya , bab bab ni memang aku serah pada dia. Segala urusan bil dia yang bayar. Maka dia taulah berapa bil air atau elektrik setiap bulan dan yang pastinya bulan ni memang naik. 

Persoalannya.. kenapa boleh naik ? Er.... setiap pagi dan petang , aku mandikan 3 orang anak. Dan diorang main air dalam bilik air. Tak pe la... air tak mahal mana pun. Boleh je bayar ! Setakat puluhan ringgit tu, ok je kan ? Heheheh.. Tu laaa pemikiran aku ! Aku bayar bil , 'diorang' sediakan laa perkhidmatan tu. Tak da air , pakat pakat bising di media sosial ! Huhuhuh.. kan kan ?


Tapi hari ni , aku dah paham ! Krisis air yang berlaku baru-baru ini , aku tak tau kenapa dan mengapa , telah aku fahami segalanya ! Huhuh.. Aku rasa aku kena mula berjimat dan menjimatkan air. Sesungguhnya air adalah sumber yang sangat penting bagi kita semua ! 

Pagi semalam , aku dan beberapa orang rakan blogger telah ke Pusat Informasi Sungai Penchala , Petaling Jaya untuk menghadiri pelancaran Agenda Pengawasan Air 2018 yang mana melibatkan Yayasan Spark dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya , Indah Water Konsortium , Jabatan Pengaliran Dan Saliran Malaysia , Lembaga Urus Air Selangor dan Global Enviroment Centre. 



Ketika aku tiba di sana , aku menyaksikan sendiri bagaimana komuniti setempat yakni Blok 1 , Desa Mentari Petaling Jaya , diberi tunjuk ajar mengenai program yang bakal dilaksanakan di kawasan perumahan mereka yang mana bertujuan untuk memastikan air dapat dijimatkan seterusnya dapat juga menjimatkan wang saku mereka.

Bagi memulakan projek Fasa 3 ini  , Yayasan SPARK dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Global Enviroment Centre telah membina tangki sistem tadahan air hujan di Blok 1 , Desa Mentari yang berhampiran dengan Sungai Penchala , salah satu tapak projek W.A.T.E.R. Sistem ini dianggarkan mampu menahan lebih kurang satu juta liter air hujan setahun dan akan memberi manfaat kepada lebih 1,800 penghuni untuk kegunaan umum seperti pembersihan , perkebunan dan pengairan semasa ketandusan hujan.

Satu program yang cukup murni dan ianya merupakan perintis kepada projek tersebut. Akan ada lebih banyak lagi projek ini dalam masa dua tahun meliputi seluruh Malaysia.

Sejak 10 tahun lalu , Yayasan SPARK telah melabur lebih RM8 juta bagi Fasa 1 dan Fasa 2 Projek W.A.T.E.R . Yayasan SPARK telah menjadikan lima sungai sebagai sungai angkat di Perak dan Selangor. Ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepentingan pemeliharaan sungai dan juga mengubah pemikiran mereka yang tinggal di sepanjang lembangan sungai yang disasarkan.


Tetamu jemputan yang hadir ketika pelancaran ini ialah Puan Renuka Indrarajah selaku pemegang amanah Yayasan SPARK  , Tuan Johari Bin Anuar , Timbalan Datuk Bandar MBPJ  dan Dr. K. Kalithasan , Koordinator Penjagaan Sungai , Global Enviroment Centre.

Menurut Renuka Indrarajah , menerusi Yayasan SPARK serta kerjasama dengan agensi terlibat berharap dapat melaksanakan pendekatan dan pendidikan kepada komuniti tempatan serta pelaburan untuk inisiatif inisiatif strategik yang akan dijalankan di lembangan Sungai Selangor , Sungai Penchala dan Sungai Way. Komitimen ini penting bagi memastikan perlindungan sumber air serta menjadi pengguna yang bijak .










Orang awam digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan atau rakan kerjasama menerusi laman web Yayasan SPARK di www.sparkfoundation.com.my.

Selepas ni , kalau rasa nak membazir air tu.. fikir-fikirkan la yer. Jika sungai tidak dijaga , bukan mudah untuk merawat air sungai tersebut ! Adalah penting untuk kita sama sama menjaga sungai kita demi masa depan , untuk anak cucu kita juga !



You May Also Like

6 comments

  1. betul, sungai sekarang banyak yang tercemar dengan pembuangan sampah yang berleluasa, sayang bila alam sekitar dilayan sebegitu rupa

    BalasPadam
  2. Bagus yer inisiatif macam ni..penting utk kita sama2 jimat cermat dalam penggunaan air

    BalasPadam
  3. BEtul.. Air sangat penting dan kita perlu sedar kitalah yang perlu untuk menjaganya

    BalasPadam
  4. Gunalah Air secara berhemah.. Ia juga penting untuk generasi yang akan datang, kalau pengunaan air dan tiada pembaziran, boleh jadi tiada masalah untuk bekalan Air untuk masa depan.

    BalasPadam
  5. cerita pasal air ni, geram betul dengan penyewa homestay min, dia tak tutup air . aduhaiii perangai

    BalasPadam
  6. Kat rumah pun saya dah pesan kat anak² supaya jimatkan air, bukan senang nak dapat bekalan air bersih ni.

    BalasPadam