Tiada lagi gajet untuk Qhaliff dan yang lain !

by - Ahad, Julai 22, 2018

Cukup ! Aku rasa dah terlebih sudah diorang dok main menda alah tu ! Sehinggalah satu peristiwa yang membuatkan aku naik angin pada Qhaliff. Memang teruk la dia dikerjakan aku ! Hurm.. Sehingga dia tak berani nak bertentang mata dah dengan aku. Handphone pon dia tak berani nak tengok dah. 

Sebelum ni , dia memang agak berani 'bermain' dengan aku. Hurm.. terlebih kasi muka kot sehingga dia pijak kepala aku. Sebelum dia berkata , " Ini semua salah daddy ! Daddy manjakan Qhaliff ! " , lebih baik aku amik tindakan sementara boleh dilenturkan lagi. 


Kesian tu memang kesian tapi aku perlu amik tindakan sewajarnya setelah berkali kali beri peringatan dan amaran. Aku kena keras dan wife kena lembut. Dia terangkan apa kesalahan dia dan kena fahamkan agar tidak melakukannya lagi. 

Dan akulah yang bakal jadi insan 'dibencinya' buat masa ini. Hurm.. Jika inilah harganya... aku kena terima. Yang pasti , takda sapa berani mintak dah handphone ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Betui..kesian memang kesian..sama la dengan kembar Saya..tapi ikutkan tanpa gajet pun depa ok ja..kita ja yang ingat depa tak ok..😅

    BalasPadam
  2. Bab gajet saya memang takde belas kasihan, anak² tak berani nak mintak gajet dengan saya. Hehehee!

    BalasPadam