Fitnah makanan kita di zaman ini ! - BEN ASHAARI

Fitnah makanan kita di zaman ini !

Segalanya dihujung jari. Akal ada , diguna sedikit. Bakinya , biar nafsu yang merajai. Inilah yang menakutkan aku. Di era kebebasan bersuara ini , amatlah merbahaya. Mana satu yang benar , mana satu yang palsu dan mana satu yang fitnah , sememangnya sukar ditentukan. Dek kerana masing masing ada pegangan dan pendapat sendiri maka adakalanya kebenaran di depan mata , terhalang dek kerana keegoan diri sendiri. 

Terbaca 'kata kata' posting seorang rakan di Facebook dua tiga hari lepas.. Jika kita tidak mampu melakukan korban , apa kata korbankan saja perasaan ego yang ada di dalam diri tu. Nah , benar juga. Apa salahnya jika dikorbankan demi kesejahteraan negara. Jika kemungkaran berlaku terang-terangan, maka barulah kita sama sama bertindak menghalangnya. Jika tidak , kenapa tidak diberi ruang sedikit untuk bernafas. 

Bukan apa.. Tidak semua yang dipaparkan di media sosial ni benar belaka. Tak kira la dari pihak mana sekali pun. Kita punya akal dan kebijaksanaan untuk berfikir. Pengalaman lepas ada sebagai pengajaran. Dari zaman Nabi Adam hinggalah sekarang ni , pelbagai cerita dan didikan yang kita perolehi. Mengapa tidak saja kita gunakan ? 

Yang salah , tetap salah. Kita berhak memperjuangkan. Tapi janganlah pulak kita saja saja gi cari salah yang mana kita tidak saksikan dengan mata kepala kita sendiri.. kan ? Orang lain sebarkan , kita turut sebarkan . Nah , kamu menyaksikan kejadian itu sendiri kah ? 

Silap langkah , kita turut serta menyertai mereka menyebarkan fitnah. Merangkak kita nanti di padang Masyar. Lainlah sememangnya kita dah tau akan kebenaran. Manusia berubah. Jika kita tidak boleh terima akan perubahan atau tidak percaya , apakah orang lain boleh terima akan perubahan diri kita pulak ? Apakah kita lebih baik dari mereka ? Hurmm.. 

Sempena Aidiladha ni , sama sama kita renungkan kembali peranan kita sebagai rakyat Malaysia. Apakah perjuangan kita. Apakah yang ingin kita taburkan pada negara tercinta ini ? Apakah kita sekadar jadi pak turut ? Atau sekadar jadi tukang angguk ? Mahupun turut serta mencangkul tanah menabur budi.

Salam AidilAdha.



Butang baju bercorakkan Songket dari Kandawaris

1 ulasan:

  1. Orang sekarang memang suka buat fitnah tanpa siasat dulu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.